Highschool Of The Dead

Daha lama rasanya tak buat review tentang anime kan?? Maklumlah, aku ni lambat sikit nak tengok anime yang telah muat turun hari tu. Dalam 2 minggu lepas, aku baru sahaja tamatkan 1 anime yang boleh dikatakan sangat2 popular di Jepun, Highschool Of The Dead. Bahaya betul aku tengok anime ni, nasib baik tengok sorang2. Maklumlah, anime ni khas untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. INGAT! 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA!
Amaran! Anime ni ada berunsur eechi dan hampir kepada hentai. Tidak digalakkan untuk tonton. Aku tonton pun dengan tutup mata tau. Perasaan malu tu masih ada...huhu


Ni adalah manga pertama Highschool Of The Dead


Tajuk : Highschool Of The Dead / Gakuen Mokushiroku
Genre : Seram, Aksi
Tarikh Ditayangkan di Jepun : 5 Julai 2010 - 20 September 2010
Episod : 12 

Sinopsis
Semasa Takashi Komuro mengenang kembali cintanya, Rei Miyamoto, tiba-tiba sahaja sekolahnya dilanda malapetaka! Zombie menyerang sekolah! Sekolahnya menjadi porak peranda gara-gara zombie yang menyerang. Dengan segera, dia cuba menyelamatkan keadaan, malangnya virus zombie terlalu cepat merebak. Apakah yang dilakukan oleh Takashi untuk menyelamatkan diri dan rakan-rakannya?

Watak-watak


Takashi Komuro
(Seiyuu : Juni'chi Suwabe - Pernah memegang watak Cain Nightroad dalam anime Trinty Blood)
- Pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun
- Rakan masa kecil Rei Miyamoto, juga sangat mencintai Rei. Malangnya, Rei masih mempunyai kekasih hati, Hisashi.
- Orang pertama yang melihat zombie menyerang sekolah
- Terpaksa membunuh Hisashi kerana Hisashi telah bertukar menjadi zombie akibat digigit.
- Seorang yang boleh diharapkan. Walaupun tidak pernah belajar seni mempertahankan diri, dia masih boleh melawan dengan zombie hanya dengan kayu pemukul besbol.

Rei Miyamoto
(Seiyuu : Marina Inoue - Pernah memegang watak Chiri Kitsu dalam anime Zan Sayonara Zetsobu Sensei)
- Rakan sekelas Takashi
- Selalu mengatakan Takashi cemburu akan hubungannya dengan Hisashi.
- Seorang yang bijak dan juga hebat dalam menggunakan teknik sojutsu (Spears Techniques)
- Sebaya dengan Saeko. Juga cemburu apabila Saeko rapat dengan Takashi.

Saeko Busujima
(Seiyuu : Miyuki Sawashiro - Pernah memegang watak Celty Sturluson dalam anime Durarara!!!)
- Pelajar sekolah tinggi berusia 18 tahun juga senior di sekolah tersebut.
- Presiden kelab Kendo. Hebat dalam pertempuran. Kemudian, dia berlawan dengan menggunakan katana (pedang panjang Jepun)
- Menyimpan perasaan suka terhadap Takashi

Saya Takagi
(Seiyuu : Eri Kitamura - Pernah memegang watak Yui dalam anime Angels Beat)
- Sekelas dengan Takashi
- Bijak. Dia merupakan orang pertama yang mngetahui zombie tidak melihat tetapi sangat peka terhadap bunyi.
- Disukai oleh Kohta tapi sangat menyukai Takashi. (Sedangkan Takashi ignore dia)

Kohta Hirano
(Seiyuu : Nobuyuki Hirama - Pernah memegang watak Harry McKenzie dalam anime School Rumble)
- Berusia 16 tahun tapi pernah mengikuti latihan menggunakan senjata di Amerika Syarikat (Hebat!)
- Selalu dibuli di sekolah. malah pernah dibuli oleh gurunya, Shido 
- Sangat2 menyukai Saya selepas Saya memakai cermin mata (nampak comel!)
- Mahir dalam menggunakan senjata moden seperti pistol, M-16. Malah sangat obses!

Shizuka Marikawa
(Seiyuu : Yukari Fukui - Pernah memegang watak Fuki dalam anime Mushishi)
- Berusia 26 tahun, merupakan seorang jururawat di sekolah
- Diselamatkan oleh Saeko apabila zombie menyerang bilik rawatan di sekolah tersebut
- Berkawan rapat dengan Rika Minani, seorang sniper Japan's Special Assault Team.

Original Soundtrack

Setiap anime mempunyai keunikan tersendiri. Anime ni pun sama! Setiap ending bagi anime ni mempunyai lagu yang berlainan. Dan semua lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi yang sama Maon Kurosaki.
1. HIGHSCHOOL OF THE DEAD - Kishida Kyōdan dan Akeboshi Rockets (OP)
2. Color Me Dark - Maon Kurosaki (ED)
3. The Place of Hope - Maon Kurosaki (ED)
4. Cold Bullet Blues - Maon Kurosaki (ED)
5. Return To Destiny - Maon Kurosaki (ED)
6. Memories of Days Gone By - Maon Kurosaki (ED)
7. Fuss Fuzz - Maon Kurosaki (ED)
8. Under The Honey Shine - Maon Kurosaki (ED)
9. Hollow Men - Maon Kurosaki (ED)
10. Major Doubt - Maon Kurosaki (ED)
11. The Last Pain - Maon Kurosaki (ED)
12. The Eternal Song - Maon Kurosaki (ED)
13. Sky Jevel - Maon Kurosaki (ED)

Nampak tak Saya macam bengang je?

Inilah mereka dalam 1 kumpulan. Apa yang penting? Kerjasama

Ini semasa zombie mula2 serang sekolah mereka. Hisashi tu yang berambut putih.

Sesiapa yang pernah tonton anime ni, bagilah komen ok? Bagi yang belum lagi, bolehlah muat turun k? Percayalah, anime ni best! Tapi, berhati-hatilah.

P/S : Menonton semula anime Fruit Basket buat kali ketiga.

4 doa buatku makin comel:

nani_namaku said...

Penah bace komiknye je, tu pon tak habis...
Tak sanggup nak habikan.. Huhu T_T

Halusinasi said...

betul2...pernah selak2 je komik dia...pergh...hmpir ke hentai je rasanya...

Nazrey Dylandy said...

tak sabar nak tunggu anime season2 keluar ..manga pun keluar slow2 je ..

Halusinasi said...

tula...thn ni kot...insyaAllah^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...