Manga Popular, Paradise Kiss Akan Diadaptasi ke Filem!

Pernah baca komik Paradise Kiss??Aku pernah baca dalam Arena Komik dulu.
Memang best! 
Paradise Kiss adalah kisah cinta antara model dan pereka baju, malah komik ni juga menekankan tentang fesyen masa kini. Jadi, bagi perempuan, komik genre romantik ni amat sesuai dengan anda.
Ok, berbalik pada topik tadi, komik ni akan diadaptasikan ke filem!!!
Berita gembira buat peminat komik!!! Live-Action Movie^^

Dari Kiri : Keiko Kitagawa dan Osamu Mukai

Pelakon untuk filem ni pun dah diumumkan. Cuma tunggu filem ditayangkan je
Watak utama, Keiko Kitagawa sebagai Yukari Hayasaka, pelajar sekolah yang tidak tahu arah tuju dan kerana ketinggiannya, dia menjadi model (model secara paksa!). 
Osamu Mukai pula memegang watak sebagai George, pelajar fesyen yang sangat kreatif. Tertarik pada Yukari dan jatuh cinta. Tapi sangat ego! (Benci lelaki macam ni)
Selain tu, diumumkan juga pelakon lain untuk filem ni seperti Yusuke Yamamoto, Shunji Igarashi, Kento Kaku, Aya Ohsama dan Natsuki Kato.

P/S : Tak sabar menunggu hasilnya!!! Suka Keiko Kitagawa yang sangat comey ni


0 doa buatku makin comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...