K-ON!!


Ingat K-On! mesti ingat muzik!!! 
Ingat K-On! mesti ingat 5 budak comel!!!
Ingat K-On! mesti ingat band Houkago Ti Taimu (HTT)!!! 
Kenapa ye?? Sebab semuanya tentang muzik dan 5 budak comel ni!!!
Telatah 5 budak comel yang sangat comel.Boleh katakn semuanya comellah. 

Moe-moe kyun...(trademark anime ni^^)


Jangan ingat cerita yang berunsur aksi je aku layan, yang comel2 pun aku layan tau.Kisah 5 pelajar sekolah menengah tinggi yang sangat bersemangat dalam muzik. Anime ni sangat top di Jepun, sampaikan lagu-lagu pun masuk carta Oricon (macam carta Billboard di Jepun). Kalau tengok carta Oricon sekarang ni pun, character song diorang pun masuk carta tau. Kalau tengok anime ni, mesti rasa nak main alat muzik. Kalau tak percaya, cuba dengar lagu-lagu dari anime ni.Gerenti takkan rasa boring. Muzik yang diketengahkan adalah muzik pop rancak. Best2!!



Sinopsis
K-On! mengisahkan 4 orang pelajar sekolah menengah tinggi yang menyertai kelab muzik. Kelab ini hanya mempunyai 4 orang ahli sahaja pada permulaannya. Yui Hirasawa, seorang yang tidak pernah bermain alat muzik dan tidak mngenal muzik menyertai kelab ini sebagai pemain gitar utama. Yui belajar bermain gitar setiap hari dengan bantuan dan sokongan moral daripada rakan-rakannya Mio Akiyama, Ritsu Tainaka dan Tsumugi Kotobuki. Mereka selalu berlatih, bernyanyi dan mengadakan persembahan di sekolah itu bersama. Setahun kemudian, kelab itu semakin meriah dengan bertambah seorang ahlinya, Azusa Nakano seorang pemain gitar. Maka lengkaplah sebuah band yang dinamakan Houkago Ti Taimu (After School Tea Time) dengan adanya 2 gitaris, 1 pemain bass, 1 pemain dram dan 1 pemain keyboard.



Watak-watak



Yui Hirasawa
Seiyuu :Aki Toyosaki (Pernah memegang watak Su dalam anime Shugo Chara!)
- Pemain gitar utama juga penyanyi dalam band Houkagu Ti Taimu
- Pada mulanya, dia tak mengenal muzik dan membaca nota muzik. Lama kelamaan atas bantuan dan sokongan rakan-rakannya, akhirnya dia berjaya bermain gitar dengan baik.
- Menamakan gitarnya, "Gita"
- Kurang berjaya dalam akademiknya 
- Perwatakkannya agak kelam kabut dan kuat berangan
- Suka akan makanan sehingga dapat membuat lagu tentang makanan (Lagu Gohan no Okazu)
- Kuat makan tapi tak naik berat badan (dicemburui oleh Mugi, Mio dan Cikgu Sawako)
- Mempunyai seorang adik yang pandai berdikari, Ui (perangai pun berbeza sangat, opposite dengan perangai Yui)
- Sebelum ini, dia tidak mempunyai minat tertentu dan kadang kala sekafar hangat2 tahi ayam. Akan tetapi, setelah dia masuk kelab ini, dia banyak berubah dan menjadi terlalu minat bermain gitar



Ritsu Tanaka
Seiyuu :Satomi Sato (Pernah memegang watak Mikage Yuzuki dalam anime Jigoku Shoujo Mitsuganae) 
- Pemain drum dalam band Houkagu Ti Taimu
- Juga presiden kelab Muzik
- Perangai pun hampir sama dengan Yui. Boleh dikatakan sekepala dengan Yui
- Selalu terlupa tentang urusan-urusan kelab. Terlupa mengisi borang untuk mengadakan persembahan semasa festival di sekolah tersebut
- Orang yang sangat2 riang dan ceria. Selalu memeriahkan suasana. Dan kegemarannya adalah mengusik Mio
- Kawan masa kecil Mio
- Dia memilih bermain drum kerana merasa sangat COOL sedangkan dia mempunyai masalah dengan bermain alat muzik yang menggunakan jari seperti gitar
- Agak tomboy tapi pandai memasak
- Ada adik lelaki yang bernama Satoshi



Mio Akiyama
Seiyuu :Yoko Hikasa (Pernah memegang watak Shino Amakusa dalam anime Seitokai Yakuindomo)
- Gadiz yang sangat pemalu dalam kelab Muzik
- Pemain bass yang kidal
- Asalnya dia nak masuk kelab sastera tapi atas desakan Ritsu dia masuk kelab Muzik
- Pelajar yang bijak di kelas. Kerja sekolahnya selalu ditiru oleh Ritsu (LOL!)
- Sangat-sangat takot hantu, darah, dan teritip
- Kadang kala dia sangat matang dan tegas tapi mudah malu sebab usikan Ritsu dan Sawako, guru penasih kelab Muzik
- Mempunyai fan club tersendiri di sekolahnya. Ada ramai peminat!!!
- Juga menjadi penyanyi dalam band Houkago Ti Taimu jika Yui tak dapat menyanyi atau sakit
- Banyak hasilkan lagu untuk band tu. Contohnya "Fuwa-Fuwa Time" dan "Fude Pen Boru Pen"



Tsumugi Kotobuki
Seiyuu :Minami Kotobuki (Pernah memegang watak Kanon Miyamori dalam anime Umi Monogatari: Anata ga Ite Kureta Koto)
- Nama panggilan "Mugi"
- Anak orang berada yang mempunyai personaliti yang lembut dan sweet sangat2
- Pemain keyboard dalam band Houkago Ti Taimu
- Asalnya ingin memasuki kelab koir, tapi atas ajakan Mio dan Ritsu, dia join gak kelab tu
- Disebabkan ayahnya memiliki kafe, dia selalu membawa kek pelbagai jenis untuk dimakan bersama rakan2 kelab tu
- Walaupun dia kaya, dia suka mencuba perkara baru seperti bekerja di restoran makanan segera. Kadang-kala dia menjadi sangat teruja.
- Cemburu dengan Yui yang tidak mempunyai masalah berat badan



Azusa Nakano
Seiyuu :Ayana Taketatsu (Pernah memegang watak Alice Maresato dalam anime Highschool of the Dead) 
- Muda setahun daripada Yui, Mio, Ritsu dan Mugi (junior)
- Rakan sekelas dengan Ui dan Jun
- Bermain gitar sejak kecil lagi
- Pemain gitar kedua dalam band Houkago Ti Taimu
- Join Kelab Muzik setelah terpukau dengan persembahan pembukaan sesi baru sekolah
- Yui terlalu suka padanya sehingga memanggilnya dengan panggilan Azu-nyan
- Kadang kala dia mengajar Yui bermain gitar memandangkan dia lebih berpengalaman dalam bermain gitar dan juga penjagaan gitar
- Kagum dengan Mio kerana kematangannya. Kagum dengan Mugi kerana kecantikan dan mata bundar Mugi 
- Kulitnya mudah gelap setelah terkena panas (Boleh tonton episod dia dan senior2 g konsert musim panas di season 2)
- Dia menggantikan Ritsu sebagai presiden Kelab Muzik setelah Ritsu tamat belajar



Sawako Yamanaka
Seiyuu :Asami Sanada (Pernah memegang watak Vita dalam anime Magical Girl Lyrical Nanoha)
- Guru penasihat Kelab Muzik
- Bekas ahli kelab muzik semasa bersekolah dahulu. Ada pengalaman mengadakan persembahan di sekolah dan luar sekolah
- Bekas ahli band Death Devil. Dia pemain gitar utama dan juga penyanyi dalam band tu
- Nama dalam band tersebut adalah "Katherine"
- Pelajar nampak dia sebagai seorang guru yang lembut dan berdedikasi sedangkan dia seorang yang pemalas, giler2, suka mengadu dan suka dipuji
- Dipanggil "Sawa-chan" oleh Ritsu dan Yui
- Menjadi guru kelas untuk pelajar Tahun 3 untuk season 2 (Guru kelas Mio, Yui, Ritsu, Mugi dan Nodoka)



Ui Hirasawa
Seiyuu :Madoka Yonezawa
- Adik kepada Yui
- Muka hampir sama dengan Yui jika melepaskan rambutnya
- Sama kelas dengan Azusa
- Seorang yang berdikari dan bertanggungjawab dengan keperluan rumah (sepatutnya sikap ni ada pada Yui...ish2)
- Fast learner, boleh belajar dan bermain gitar dengan cekap (pernah menyamar sebagai Yui masa konsert di season 1)
- Sentiasa menyokong kakaknya dalam apa jua sekali pun



Nodoka Manabe
Seiyuu :Chika Fujito
- Kawan masa kecil Yui 
- Presiden persatuan pelajar dan juga presiden Fan Club Mio
- Seorang pelajar yang aktif dalam sukan dan bijak dalam pelajaran
- Sentiasa mengingatkan Ritsu untuk mengisi borang untuk mengadakan persembahan memandangkan Ritsu selalu terlupa



Jun Suzuki
Seiyuu :Yoriko Nagata
- Rakan sekelas Ui dan Azusa dan juga kawan rapat mereka (selalu keluar bersama-sama^^)
- Sentiasa cemburu akan Kelab Muzik yang selalu mempunyai aktiviti yang menyeronokkan 
- Meminati Mio, malah dia juga seorang pemain bass sama seperti Mio



Soundtrack
Memandangkan siri anime ni mengenai band dan muzik, banyak lagu yang dipersembahkan dalam anime ni. Antara lagu2 yang best dalam siri K-On! adalah :
1)  Cagayake! Girls - OP (Season 1)
2)  Don't Say Lazy - ED (Season 1)
3)  Fuwa-Fuwa Time (Season 1)
4)  Sweet Bitter Beauty Song (Season 1)
5)  Watashi no Koi Wa Hocchikisu (Season 1)
6)  Fude Pen Boru Pen (Season 1)
7)  Happy! Sorry! (Season 1)
8)  Go! Go! Maniac - OP1 (Season 2)
9)  Listen!! - ED1 (Season 2)
10) Utauyo!! Miracle - OP2 (Season 2)
11) No, Thank You! - ED1 (Season 2)
12) Pure Pure Heart (Season 2)
13) Love (Season 2)
14) Gohan no Okazu / U & I (Season 2)


P/S : Dengar kata ada filem, sambungan K-On!!.Ntah apalah ceritanya nanti. Memang tak sabar nak tengok!!! Mungkin masa mereka sambung belajar di universiti..^^

8 doa buatku makin comel:

MiZi said...

serius bukan senang nak jumpa girl malaysia yang minat anime.. layan bleach dengan fullmetal alcheimist x?? best sangt..

Halusinasi said...

fuyoo!!! memg dh minat lme anime ni...bleach dan fullmetal alchemist layan tau...cme brotherhood tak sempat tgk lg...huhu...dh donlod smpai 33 episod je...

MiZi said...

hahah saya dah tgh habes brotherhood.. semua ada 64 episode.. best sangat cita dia.. bleach plak baru ada sampai episode 292 complete dari episode 1 dan ada 4 movie dia.. fanatik woo

Halusinasi said...

wah...ni yg nak ni!!! boleh kim kat cni tak?? tukar2 anime...bleach tu dah tak terikut sebenarnya, byk sgt...tgk yg kat link donlod pun dh 292 ep...sangat byk...

Nesa Wazir said...

oh..nesa suke yui~~

Halusinasi said...

hehe...suka semua!!! memg best tau..nesa dh tgk season 2??

MiZi said...

bagi alamat umah.. anta email.. meh saya send copy fullmetal alcheimist

Halusinasi said...

nk email^^....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...