Durarara!!!


2.00 pagi, 6 Ogos 2010, aku tamat menonton anime Durarara!!! Anime ni baru je habis ditayangkan di Jepun, 24 Jun lepas. Pendapat aku?? Anime ni sangat awesome!!! Thumbs up!! Teruja dengan setiap episod, sentiasa menanti-nanti cerita yang seterusnya. Anime ni antara anime yang aku perlu hafal hampir 20 watak-watak. Banyak sangat-sangat. Watak-watak ni saling berkaitan antara satu sama lain. Macam drama TV Heroes pula, sebab hampir kesemua wataknya ada kuasa supernatural. 

Tajuk : Durarara!! (デュラララ!! Dyurarara!!)
Diadaptasi dari : Novel ringan oleh Ryohgo Narita dan ilustrasi oleh Suzuhito Yasuda
Episod : 24 episod
Ditayangkan di Jepun : 7 Jan 2010 - 24 Jun 2010

Sinopsis


Ryugamine Mikado seorang pelajar yang bertukar ke Ikebukuro, Tokyo kerana menginginkan kehidupan yang lebih menyeronokkan. Dia mendapat jemputan dari rakan masa kecilnya, Masaomi Kida. Kida banyak memberi amaran kepada Mikado tentang orang-orang yang bahaya di sana. Lelaki yang berpakaian bartender, penjual maklumat dan gang yang misteri, "Dollars". Mikado juga dapat menyaksikan urban legend di bandar itu, "Black Rider", penunggang motorsikal yang tidak berkepala. 

Watak-watak
Dari kiri :
Simon Brezhnev, Kida Masaomi, Shizuo Heiwajima, Mikado Ryugamine, Izaya Orihara, Anri Sonohara, Celty Sturluson, Seiji Yagiri, Mika Harima, Namie Yagiri, Walker Yumasaki, Erika Karisawa, Kyohei Kadota dan Shinra Kishitani


Mikado Ryugamine 
Seiyuu : Toshiyuki Toyonaga (Pernah memegang watak Sentaro Shibata dalam Jigoku Shoujo)
- Pelajar tahun pertama sekolah tinggi di Raira Academy bersama Kida dan Anri.
- Rakan masa kecil Kida
- Berpindah ke Ikebukuro kerana menginginkan kehidupan yang lebih menyeronokkan dan luar biasa. Takut menjalani kehidupan normal.
- Menjadi Wakil Kelas di samping Anri
- Jatuh cinta dengan Anri, tapi tak berpeluang memberi tahu kepadanya
- Pengasas dan Ketua kepada Gang Dollars (gang yang tidak berwarna)
- Selalu mendapat nasihat daripada Izaya
- Nama online chat adalah "Tanaka Taro"

Kida Masaomi
Seiyuu : Mamoru Miyano (Pernah memegang watak Tamaki Suoh dalam Ouran High School Host Club dan Light Yagami dalam Death Note)
- Rakan masa kecil Mikado
- Mengajak Mikado berpindah ke Ikebukuro dan belajar bersama-sama di Raira Academy
- Sangat bersemangat dan memikat perempuan, walaupun selalu gagal dalam hal itu
- Ketua Gang Yellow Scarves. Gang Yello Scarves selalu bergaduh dengan Gang Blue Square
- Bekas teman wanitanya, Saki Mikajima cedera teruk setelah diculik oleh Gang Blue Square. Akibat dari kejadian ni, dia tidak lagi menjadi ketua Gang Yellow Scarves
- Menjadi ketua semua setelah rakannya, Anri cedera semasa kejadian Slasher dan kewujudan Gang Dollars
- Dia memandang rendah pada Izaya kerana memanipulasikan semasa dia ketua Gang Yellow Scarves tapi, dia kembali kepada Izaya kerana ingin mengetahui siapa pengasas Gang Dollars. 
- Akhirnya, dia meninggalkan Ikebukuro bersama Saki
Nama online chat adalah "Bacula"

Anri Sonohara
Seiyuu : Kana Hanazawa (Pernah memegang watak Kobato dalam anime Kobato)
- Rakan sekolah Kida dan Mikado
- Wakil kelas bersama Mikado
- Seorang yang pemalu, comel, pendiam dan dianggap popular walaupun tidak menyukainya
- Dianggap sebagai parasit kerana bergantung kepada orang lain
- Pemilik sebenar pedang "Saika". Pandai mengawal kuasanya tetapi tidak terpengaruh dengan kuasa tersebut. Ini adalah kerana dia mengalami trauma ketika kecil, ibunya membunuh ayahnya dan dirinya sendiri dengan pedang "Saika".
- Selepas mengalahkan Haruna, dia dapat mengawal "Saika-children" yang Haruna cipta.
- Selepas berbual dengan Celty, dia membuat keputusan untuk menggunakan kuasanya demi keamanan bandar itu.
Nama online chat adalah "Saika"

Celty Sturluson
Seiyuu : Miyuki Sawashiro 
- Penunggang motorsikal yang tidak berkepala. Sering digeruni oleh penduduk Ikebukuro
- Juga dikenali sebagai "Black Rider" atau " The Headless Rider"
- Dianggap "urban legend" di Ikebukuro
- Seorang Dullahan yang berasal dari Ireland yang datang ke Jepun kerana ingin mencari kepalanya yang hilang.
- Mempunyai deria seperti orang yg normal walapun tidak mempunyai kepala (mata, hidung, telinga dan mulut). Cuma tidak boleh bercakap
- Rakan baik Shizuo.
- Tinggal bersama Shinra. Mereka berdua juga pasangan kekasih
- Mempunyai kuasa supernatural seperti memanipulasikan bayangnya menjadi pelbagai benda. Menunggang motosikal hitam yang juga dianggap sebagai kudanya.
Bekerja sebagai underground courier
- Memakai helmet ketika keluar dan berkomunikasi dengan orang lain dengan PDA.
-Dia di antara yang mengetahui pengasas kumpulan Dollars dan kebolehan Anri
- Ahli Gang Dollars. Nama online chat adalah "Setton"





Shizuo Heiwajima
Seiyuu : Daisuke Ono (Pernah menjayakan watak Sebastian Michellis dalam anime Kuroshitsuji. Salah satu seiyuu yg best!)
- Sentiasa berpakaian bartender dan memakai cermin mata
- Selalu dikatakan pemarah dan kuat melawan, sedangkan dia ni seorang pencinta keamanan dan tak sukakan kekerasan.
- Bekerja sebagai bodyguard kepada pengutip hutang kepada Tom Tanaka
- Kawan pada Shinra. Mereka bersekolah di sekolah yang sama. Sebaya dengan Shinra, Izaya dan Kadota. Kawan baik kepada Celty.
- Mempunyai kuasa supernatural iaitu kekuatan yang tiada tandingan. Menggunakan papan tanda atau apa-apa kat tepi jalan sebagai senjata untuk menumpaskan musuh. Antara watak yang terkuat dalam siri ini
- Mempunyai seorang adik, Yuuhei Heiwajima yang juga seorang pelakon terkenal. Adiknya jugalah yang memberi hadiah baju bartender kepada abangnya. Kalau ada sesiapa yang kotorkan bajunya, Shizuo akan mengamuk dan marah sangat-sangat.
- Benci sangat pada Izaya. Sentiasa rasa nak bunuh Izaya.
- Juga salah satu Gang Dollars

Izaya Orihara
Seiyuu : Hiroshi Kamiya (Menjayakan watak Nozumu Itoshiki dalam anime Sayonara Zetsubou Sensei)
- Watak antagonis dalam anime ni. Watak yang aku paling benci. Geram je tengok dia ni
- Musuh ketat Shizuo. Kalau Shizuo jumpa dia, mesti dia kna baling dengan mesin minuman
- Penjual info-info untuk melaga-lagakan penduduk di Ikebukuro
- Master teknik parkour dan pisau lipat. Pernah gak dia ni mencukur kepala samseng tanpa samseng tu sedar. Hebat!
- Telah mengetahui Mikado sebagai pengasas Gang Dollars. Dia juga yang telah menambahkan ahli baru setelah Mikado tidak menghantar mesej jemputan ahli baru.
- Izaya juga penyebab pada semua situasi yang berlaku. Maklumlah, dia ni adalah sumber semua info yang orang lain tak ada. Juga boleh manipulasikan seseorang termasuk Kida
- Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan perang di Ikebukuro yang akan membangkitkan kepala Celty yang masih dalam keadaan tidur
- Juga ahli Gang Dollars. Berpura-pura sebagai perempuan dalam ruangan chat. Nama chatnya adalah "Kanra" dan "Chrome"
Shinra Kishitani
Seiyuu : Jun Fukuyama (Menjayakan watak Lelouch Lamperouge dalam anime Code Geass - Lelouch of the Rebellion dan Kimihiro Watanuki dalam anime XxxHolic)
- Seorang doktor underground. Merawat pesakit di kalangan tertentu sahaja seperti samseng. Mewarisi kepakaran ayahnya yang juga seorang doktor
- Tinggal bersama Celty dan mencintainya sejak dia kecil lagi. Berharap agar Celty tidak menjumpai kepala Celty kerana dia mencintai Celty seadanya.
- Rakan sekolah masa kecil Shizuo. Berminat dengan kuasa Shizuo yang terlampau kuat. Rakan sekolah Izaya semasa di sekolah menengah
- Sentiasa berpakaian lab coat putih walaupun di rumah
- Berupaya membaca fikiran Celty. Keadaan ini sentiasa mengejutkan Celty yang tidak mempunyai kepala yang boleh menunjukkan emosinya
- Mempunyai minat yang mendalam mengenai fenomena yang pelik-pelik di Ikebukuro


Simon Brezhnev
Seiyuu : Takaya Kuroda ( Seiyuu yang mempunyai suara yang besar sangat-sangat. Ibarat suara orang jahat yang berbadan besar)
- Datang ke Jepun untuk membantu rakannya yang mengusahakan kedai sushi.
- Berasal dari Rusia. Kadang-kadang dia bercakap dalam bahasa Rusia dengan Izaya
- Seorang yang friendly, tapi disebabkan badannya yang besar, rama iyang tidak mengenalinya akan takut dengannya.
- Lawan yang sesuai dengan Shizuo kerana mempunyai tenaga yang sangat kuat. Setanding dengan Shizuo
- sangat sukakan keamanan. Kalau ada pergaduhan yang berlaku, dia akan masuk campur dan meleraikan pergaduhan
- Salah satu ahli Gang Dollars


Kyohei Kadota
Seiyuu : Yuichi Nakamura
- Berasal dari Gang Blue Square. Memilih untuk berpaling tadah terhadap gang tu selepas mengetahui ahli gang tu menculik Saki. Sekarang dia adalah salah satu ahli Gang Dollars
- Izaya dan Erika selalu memanggilnya Dota-chin
- Berkawan rapat dengan Saburo Togusa, Erika Karisawa dan Walker Yumasaki



Walker Yumasaki
Seiyuu : Yuki Kaji
- Otaku yang sangat suka membaca manga. Berkawan rapat dengan Erika kerana mempunyai minat yang sama. Selalu kelihatan bersama dengan Erika.
- Sangat suka senyum. Orangnya sangat misteri
- Asalnya dari Gang Blue Square tapi meninggalkan gang tu bersama Kadota
- Menolong menyelamatkan Saki dari penculik
- Dia juga merupakan ahli Gang Dollars yang tak aktif
- Ahli kumpulan Kadota


Erika Karisawa
Seiyuu : Ayahi Takagaki
- Otaku yang suka membaca manga, macam Walker. Selalu kelihatan bersama Walker
- Seorang yang sangat ceria
- Selain Izaya, dia juga selalu memanggil Kadota, Dota-chin walaupun Kadota tak suka dengan nama panggilan tu
- Salah seorang ahli Gang Dollar yang tak begitu aktif
- Ahli kumpulan Kadota


Saburo Togusa
Seiyuu : Takuma Terashima
- Ahli Gang Dollars.
- Ahli kumpulan Kadota. Dia juga merupakan pemandu van dalam kumpulan ni. Paling pantang kalau sesiapa yang rosakkan van dia walaupun secalar!
- Sangat menyukai penyanyi Ruji Hijiribe (addicted sangat). Kalau tengok konsert penyanyi kegemaran dia ni, dia akan duduk di bahagian depan sekali^^
- Berasal dari Gang Blue Square tapi meninggalkan kumpulan tu bersama Kadota dan Walker


Seiji Yagiri
Seiyuu : Kazuma Horie
- Rakan sekelas Mikado dan Anri
- Meninggalkan sekolah kerana ingin mencari cintanya yang hilang, kepala Celty. Ingin melarikan diri bersama cintanya itu (macam tak logik plak)
- Bergantung hidup pada kakaknya, Namie. Kalau minta tolong, minta tolong dengan kakak dia je.
- Sangat mencintai dengan kepala Celty sejak dari kecil lagi
- Apabila menyedari orang yang mempunyai wajah seperti Celty adalah Mika Harima, dia cuba mencintai Mika


Namie Yagiri
Seiyuu : Sanae Kobayashi
- Ketua Eksekutif Farmasi Yagiri dan merupakan kakak kepada Seiji
- Menyimpan perasaan cinta terhadap adiknya sendiri. Tidak menyukai adiknya mencintai kepala Celty.
- Bekerja sebagai setiausaha Izaya setelah Farmasi Yagiri bergabung dengan syarikat lain

Mika Harima
Seiyuu : Mariya Ise
- Kawan kepada Anri. Anri pernah mencarinya ketika dia hilang (sedangkan pada masa ni, dia telah bertukar identiti kepada Celty)
- Peminat Seiji dalam diam. Menjadi stalker Seiji setelah Seiji menolak cintanya
- Hampir terbunuh apabila kepalanya dihempuk ke dinding oleh Seiji
- Diubah mukanya oleh Namie setelah dia bersetuju untuk menjadi Celty. Dia ingin Seiji mencintainya. Namie juga telah menambahkan scar di lehernya. Keadaan ni menyebabkan Seiji mempercayai bahawa kepala Celty yang sebenar telah bercantum pada badan Mika


Fuhh..memang penat nak menaip semua watak-watak ni. Tapi ni adalah watak-watak penting dalam anime ni. Memang banyak sangat-sangat. Ntah macam mana kalau anime ni dibuat sebagai live action pula. 


Lagi satu, aku memang terpikat dengan lagu opening dan ending anime ni. Ada 4 lagu kesemuanya. Memang best! Cubalah cari. Video opening dan ending pun best!
1) Uragiri No Yuuyake - Theatre Book (OP 1)
2) Trust Me - Yuuya Matsushita (ED 1)
3) Complication - Rookiez is Punk'd (OP 2)
4) Butterfly - ON/OFF (ED 2)


P/S : Aku berharap sangat-sangat anime ni akan ada sambungannya. Durarara!!! season 2



2 doa buatku makin comel:

hibari said...

terigin nk tngk anime ni..
bole share link x nk download kat mne?

Halusinasi said...

hehe...ok2, link nya :
www.anime-sensei.net - free!
www.anime-access.com - free! tapi perlu register

cubalah^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...