Mop Girl


Pada pukul 2.30 pagi semalam, tamatlah sudah aku menonton drama Jepun, Mop Girl. Fuh...Lega rasanya...
Pada pendapat aku, drama ni agak memboringkan pada permulaannya tapi ada juga beberapa episod yang kita boleh jangka pengakhirannya..Hanya sesetengah episod yang sangat aku rasa sangat best!!! Jadi, drama ini bukanlah drama yang terbaik yang boleh direkemenkan untuk ditonton.
Kadang-kadang aku rasa lawak komedinya agak bodoh, kadang-kadang sesuai dengan ceritanya...Bergantung pada situasinya.
 

Mop Girl (モップガール Moppu Gāru?) adalah berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Miaki Kato(加藤実秋 Kato Miaki?); mengisahkan tentang  pengembaraan Momoko Hasegawa, yang mempunyai kebolehan untuk kembali ke masa lalu apabila memegang barang kepunyaan orang yang sudah meninggal dunia. Kemuadian, dia mempunyai peluang untuk menghalang kematian seserorang itu. 
Pelakon-Pelakon

Keiko Kitagawa sebagai Momoko Hasegawa
- Berumur 21 tahun, bekerja di Little Angle (syarikat menguruskan pengebumian). 
- Walaupun hidup serba kekurangan, tetapi dia berasal dari keluarga berada.
- Mempunyai kebolehan untuk kembali ke masa lampau apabila memegang barang milik mangsa pembunuhan. 
- Dia berupaya menghalang kematian seseorng apabila kembali ke masa lalu.
- Sangat obses dengan lelaki berotot.
- Seorang yang sanga kelam kabut tapi moe!!! (comel sangat!!!)

Shōsuke Tanihara sebagai Shoutarou Otomo 
- Teman sekerja Momoko di Little Angel.
- Kadang-kadang sangat kejam pada Momoko-chan tapi selalu menolong Momoko-chan apabila Momoko-chan mengahdapi kesusahan.
- Mempunyai kebolehan untuk mengayat perempuan, terutama daripada luar negara. (iniliah kelemahan utama dia sebenarnya^^)

Reina Asami sebagai Hina Okouchi
- Rakan baik Momoko-chan yang bekerja di syarikat Haken.
- Kadang-kadang, dia juga memberi maklumat tentang mangsa pembunuhan pada Momoko-chan

Sousuke Takaoka sebagai Akira Wakayama
- Rakan sekerja Momoko-chan yang selalu anggap Momoko seorang yang sangat membebankan.
- Jatuh cinta pada pelajar sekolah yang bekerja di situ, Tamaki. Tapi, Tamaki tak membalas cintanya.

Jiro Sato sebagai Shigeo Higashi    
- Presiden Little Angel. 
- Seorang yang soft-spoken, berumur 50-an dan selalu tersenyum dan menjaga pekerjanya.

Natsuna Watanabe sebagai Tamaki Nakamura  
- Pelajar sekolah menengah yang bekerja part time di Little Angel.
- Sangat tak suka pada Akira yang selalu mengajaknya keluar.

Shoko Ikezu sebagai Miki Kataoka   
Rakan sekerja Momoko-chan 
- Seorang yang kuat makan.
- Digelar dengan gelaran hime (puteri)

Mayumi Hori sebagai Ryoko
- Wanita misteri yang memberi kebolehannya kepada Momoko-chan.
- Meninggal dunia apabila dia cuba selamatkan Momoko semasa Momoko berumur 8 tahun

P/S:Lagu opening cerita ni sangat best!!! Destination Nowhere oleh Erika Sawajiri....


0 doa buatku makin comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...