Review Movie Anime : Summer Wars


Summer Wars
Genre : aksi, komedi, thriller, romantik
Tarikh Tayangan : 1 Ogos 2009


Sinopsis
Apabila si pemalu juga genius matematik, Kenji Koiso ditanya untuk menerima kerja pada musim panas oleh Natsuki, dia terima tanpa berfikir panjang. Kenji perlu ke Nagano untuk melakukan kerja tersebut. Keluarga Natsuki iaitu suku kaum Jinnouchi akan meraikan hari lahir yang ke-90 Sakae, ketua keluarga Jinnouchi. Dari situlah, Kenji mengetahui apakah pekerjaannya semasa musim panas, iaitu berpura-pura menjadi tunang Natsuki dan menari bersama Natsuki semasa pesta hari lahir itu. Apabila Kenji menyesuaikan diri dengan keluarga Natsuki, dia menerima satu mesej iaitu masalah matematik dari telefon bimbitnya. Selepas menyelesaikan masalah tersebut, dunia OZ (laman web sosial yang paling berpengaruh) telah di"hacked".


Review
Boleh dikatakan ini antara filem anime yang terbaik yang pernah aku tonton. Jalan cerita yang mantap. Sentiasa nak tahu macam mana Kenji akan kalahkan musuh maya dia dalam dunia OZ. Musuh mayanya juga bukan calang-calang, hanyalah Artificial Intelligance (AI), Love Machine yang diaktifkan oleh kenalan Natsuki. Nak tumbangkan Love Machine ini bukannya mudah. Walaupun menggunakan kepakaran matematik Kenji, Love Machine tetap tak dapat ditumpaskan. Nak tahu macam mana Kenji tumpaskan musuh ini, sila tonton anime ni.

Untuk filem ini, aku berikan 5 bintang!


P/S : Aku ingin mencari filem Girl Who Leapt Through Time. Dengar kata filem itu pun best!

6 doa buatku makin comel:

touya said...

dah macam citer Digimon lak ... nanti aku Ushar

Halusinasi said...

ala, pengarahnya memang dr cte Digimon gak..hehe

Dzarief Zuhdi said...

hoho.. dulu ada tengok.. tapi tak abis.. malas nk download sampai habih.. :D

kaizen said...

ouh.. ni la cter yg nk swoh sy tgk tu ek???

Halusinasi said...

Dzarief : cubalah tgk...best tau^^

kaizen : yup2, inilah ceritanya^^

Hannani said...

trailer die gempak! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...