Jom Kita Lawat Muzium Ghibli

Siapa yang tak kenal dengan Ghibli Studio yang terkenal sebagai pelopor animasi di Jepun? Muzium Ghibli ini terletak di Taman Inokashira di Mitaka, Jepun. Muzium ini dibuka setiap hari kepada orang awam pada pukul 10 pagi hingga 6 petang kecuali hari Selasa.

Muzium ini direka oleh Hayao Miyazaki, iaitu seorang pengarah dan juga pengasas filem animasi dari Studio Ghibli. Muzium ini bukanlah seperti muzium yang biasa kita lawat, ia merupakan muzium yang sangat unik dan seperti anda telah masuk ke alam fantasi anime.

Di Muzium Ghibli, anda boleh lihat bagaimana sesuatu animasi dihasilkan dan setiap 20 minit anda akan dipertonton animasi pendek. Di sini juga terdapat kafe, kedai buku, taman indoor dan outdoor, dan dikelilingi hijau.

Jom kita tinjau sekitar Muzium Ghibli yang terletak di Mitaka, Jepun.











P/S : Berharap suatu hari nanti akan sampai di sini jugak. 

2 doa buatku makin comel:

Kei Seichi said...

macam best je..cantik coffee art die tu..coffee kan tu?hehe...

Halusinasi said...

yup coffee, watak kiki dr filem kiki's delivery service^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...