Meniti Hari-hari Terakhir di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Tanggal 28 Mei 2010. aku bakal meninggalkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Dah 3 tahun aku belajar kat sini...Banyak kenangan manis, pahit, masam dan masin kat sini. Aku ingat lagi tarikh aku mendaftar kat PTSS ini, 7 Julai 2007. Di Dewan Besar (sebelum ditukar nama Dewan Harum Manis). Masa tu, aku sangat-sangat blur, maklumlah tak pernah lagi mendaftar secara berseorangan. Selalunya berkepit je dengan Mak ke sana sini.


Masa pendaftaran, aku diam je...belek-belek fail..Takut-takut ada tertinggal borang. Adalah seorang gadis ini menegurku. Dia bertanya, "Nama siapa? Asal mana?". Aku dengan senyuman yang kekok menjawab "Nordiyana, asal Perak. Kamu pula?". Dia tersenyum. Maklumlah aku bagi respon..."Ida Farhana, panggil Farah. Asal Sabah". Mak aih...jauhnya!!! Orang Sabah pun belajar sini. Ida Farhana, insan pertama yang menegurku di PTSS ni...Kemudian, kami menjadi kawan baik sejak itu. Bilik kat asrama pun dekat-dekat...Jadi, tak ada masalah pun untuk kami berjumpa. Walaupun kami belajar dalam satu jabatan, tapi kami berlainan jurusan. Aku mengambil jurusan Diploma Media Digital (Seni Digital), dia pula Diploma Media Digital (Video & Pengajian Filem). Jauh berbeza.


Selepas mendaftar, kami pelajar baru akan mengahadapi Minggu Suai Kenal atau singkatannya, MSK. Masa itu, aku sebilik dengan kawan-kawan yang berlainan jurusan. Kami buat aktiviti sama-sama, pergi dewan pun sama-sama. Makan pun sama-sama. Apa-apa pun semuanya sama-samalah. Kenangan sungguh masa itu.


Masa hari pertama pergi kelas, aku tak kenal pun sorang-sorang classmate aku. Nak tegur pun, aku tak reti apatah lagi nak bercakap. Masuk kelas, aku senyap je. Sampailah pensyarah cakap, kami kena perkenalkan diri masing-masing. Masa itu, aku cuba hafal nama sorang-sorang. Nak bagi ingat. Hampir setiap kelas yang kami masuk, semuanya kena perkenalkan diri masing-masing. Jenuhlah, setiap kelas aku nak kena cakap,"Nama saya Nordiyana binti Khairudin. Asal Manjung, Perak. Umur 17 tahun (paling muda dalam kelas...hehe). Masa itu, kelas kami asalnya ada 22 orang pelajar. Tapi disebabkan ada yang dapat tawaran belajar kat tempat lain, tukar jurusan, sekarang kami hanya ada 16 orang pelajar sahaja.


16 pelajar ini telah membawa nama DDS Generasi 4 dari Julai 2007 hinggalah Januari 2010. 16 pelajar ini jugalah yang telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang berada di PTSS ini. Pelbagai kenangan pahit manis kami lalui bersama. Suka duka kami bersama. Sedih gembira bersama.


Masa sem 1, kelas fotografi dengan En. Din (2007)

Sem 2 bersama Cik Nurul Fathihin. Masa ni dia bujang lagi. (2008)

Sem 3, event Puspanita di PTSS. (2008)

Sem 3. Di Kepala Batas. Event Edu Fest

Bergambar sekelas masa sem 3. DDV3 dan DDS3

Berbuka puasa bersama Mama dan pensyarah-pensyarah lain. Sem 5 (2009)

Selepas present Production Final Project. Sem 6 (2010)
Nizam, aku, Mimi dan Yan

Persembahan pada hari VISCOM bersama EN Syakir. Sem 6


Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. 3 tahun hanyalah detik perkenalan kami, tidak bermakna persahabatan kami akan putus begitu sahaja. Kami pasti akan bertemu lagi. Cuma waktu sahaja berbeza. InsyALLAH, kawan-kawan, kita akan berjumpa lagi. Aku merindui kamu semua... Sayang kamu semua...

2 doa buatku makin comel:

Muhamad Afiq Zulkefley said...

Rindu ko jugak!!!!

Halusinasi said...

waaa...nak nangis rasanya...ak pun rindu ko...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...