Alamak, Aku Memang Gemar Makan Sosej Pulut Ni! Tak Sangka Ada Gelatin Babi!

#Kenapa aku buat tajuk yang panjang? Mungkin sebab terlalu terkejut kot.



Bahaya! Bahaya! Bahaya! Tak sangka sosej pulut yang menjadi kegemaran aku semasa belajar kat Poli dulu telah disahkan HARAM oleh Jakim kerana mengandungi DNA babi. Oh tidakkkk!


ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini dan Perlis supaya menghentikan sementara pembelian sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual secara meluas termasuk di gerai tepi jalan dan pasar malam di kedua-dua negeri berkenaan.Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata, sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, lebih wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya akan jatuh kepada haram.

Perkara itu selaras dengan keputusan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Perlis mengenai sosej ayam dicampur dengan pulut, selain produk kepingan ayam tanpa jenama, dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru, Perlis disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi
Justeru, katanya, Jakim akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memantau kemasukan secara berleluasa produk sejuk beku dari Thailand dipercayai secara haram yang diragui status halalnya.

“Mengikut maklumat daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran termasuk untuk perhatian Bahagian Hab Halal Jakim.


“Justeru, kita menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini termasuk tidak mengetahui kandungan produk diambil dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya termasuk di bazar Ramadan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam. 
Semalam akhbar ini melaporkan, sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan, di sini, dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi DNA babi.

Apa yang patut aku buat sekarang? Aku buntu. Takkan nak muntahkan semua yang pernah aku makan dahulu. Menakutkanlah berita ni. Tolong aku, aku dah cuak giler ni. Selama aku makan, memang aku tak tahu pun yang sosej pulut ni mengandungi DNA babi. Menangis dah ni....

15 doa buatku makin comel:

aliaa farhana said...

err....dah makan byk2 n lame dah...mustahil dpt muntah kan sume balek...hopefully tade efek pape sgt la sbb yana ta makan dlm kuantiti yg byk kan....

Kei Seichi said...

kalau tak tahu takpe...lepas ni jangan makan lagi lepas dah tahu...yang dah lepas tu memang xleh wat pape la..

Halusinasi said...

dulu nilah makanan yang Yana paling suka makan..mesti makan banyak...waaa

Farhana Jafri said...

hahahaha chill sudah.. bnda kite xtahu.. lpas ni jgn la mkan lg.. tp klau cuak sgt.. mnum je la air tanah smak balik.. weee~~~!!! joking ;P

jemput singgah ANASAURUS :)

nur amalina athman said...

adik pun selalu makan yang petak-petak tuu.
takpelah, dah tak tahu.. Lepas nie takkan makan lagi..

YenT0 said...

kalau x tau xpe, lepas ni jgn mkn dah~ ^^

Muhd Fadil said...

cer Yana samak kan sistem penghadaman yana. hihihi..

# kalau dulu tatau, takpe la. jangan dah tahu sekarang, besok lusa gatal pi beli lagi. haram tauuu

Halusinasi said...

haha...memang takkan makan dh pasni...

Saiazuan said...

nsb aku bkn peminat mknan sosej~

Halusinasi said...

memg sgt bernsib baik^^

touya said...

apa beza sosej pulut dengan sosej biasa ?

Halusinasi said...

sosej pulut lg besar dn murah..pastu ada pelbagai rasa...dgg pedas, ayam cheese la..dn mcm2 lg la...

Syafika said...

Sosej ni masih disahkan haram sehingga hari ni ke?

Anonymous said...

Sekarang sosej tu dh disahkan haram ke oleh jakim?

AAJ Gary said...

Kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...