Drama Nora Elena Menjadi Kegilaan

Ada apa dengan drama Nora Elena ni? Ramai yang menantikan drama ini setiap petang untuk ditonton. Aku pun tak terkecuali. Sangat teruja melihat semua watak dalam novel menjadi watak nyata, realiti. Yang pastinya, peminat novel takkan ketinggalan menonton drama ini. 



Drama ini diadaptasikan dari novel Kasih Yang Suci. Novel yang sudah dicetak sebanyak 10 kali. Hebat kan? Sejak drama ini ditayangkan, makin banyak permintaan untuk novel ini. Aku pun tak terkecuali, gara-gara drama ini jugaklah. Merata-rata mencari novel ini. Kebanyakan kedai dah kehabisan. 


Sinopsis Kasih Yang Suci
Nora Elena ialah kisah seorang  gadis  yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. 

Yang pasti, ramai yang suka akan watak Seth. Dia sangat penyayang dan romantik. Terlalu sayangkan Nora sampaikan tak mahu Nora buat apa-apa kerja sekalipun. Mesti ramai yang cair melihat watak Seth dan Nora. 
Drama ini juga menampilkan lagu-lagu yang best. Antaranya, Dan Bila Esok, Berubah, Bila Hati Mencintai, Terhenti Di Sini dan Sesuatu Yang BerbezaLagu yang paling aku minat, Terhenti Di Sini dari Asfan. Asyik mainkan lagu ini banyak kali. Jatuh cinta dengan liriknya.
Jangan lupa saksikan Drama Nora Elena setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ye.
P/S : Aku dambakan suami penyayang seperti Seth. Masih ada lagi tak lelaki seperti itu?

10 doa buatku makin comel:

intan payung angry bird said...

diyana, lelaki yg mcm awk nk tu mmg ada.
cuma susah nk jumpa.
kdg2 klu jumpa pon, msti x 100% mcm yg kite nk kn?

pape pon, cerita ni memang best. kte baru tengok sekali haritu, tp dah tertarik ngan cerita ni. ^_^

Anonymous said...

menci sbb watak dalam novel selalunya sangatlah digilai. tapi hakikat dunia ini susah bebenor nak cari.. haha! tapi seth tan manyak seksi.. yaww! terpikat ai.. hahaha! :)

Anonymous said...

cite ni memang best ^_^
sy pn ske tngok cite ni gak

Cik Ros said...

kakak susah la nak jumpa laki yang macam tu..

HazHand said...

wahahahah! CITE NI BEST!! ROMANTIK SEYH!!! huhuh
nk kawen ngn awak lah! huhuh

Halusinasi said...

Diyana : tula, masih mencari sampai sekarang...ntah dapat jumpa atau tak..memang best cerita ni kan?

Cik Reena Tan : haha, manyak smart woo dia tu..terpikat jugak^^

Niha : kan2..best sgt cerita ni^^

Halusinasi said...

Ros Anisza : memang susah..mungkin 1 dalm seribu kot.waaa

Hazhand ; tula. episod tadi pun sangat romantik..^^ ..ha! cepat2 la masuk meminang tau kalau nak kawen dgn sy^^

HazHand said...

hahahha! T nak masuk minang, so jg diri elok2!!lalala~

cik azeya said...

ouh. Seth ni dulu lelaki yang rogol dia ke. tak tibe lagi part tu kan.

*rasanye dah takde la yunk laki macam Seth. haha

Halusinasi said...

Hazhand : bila nak masuk meminang tu?

Cik Azeya : yup2, dia yg nodai Nora..tggu saat pembongkaran rahsia tu..tak sabar sgt2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...