Kobato





Anime ni dah lama aku download. Tapi tak ada masa plak nak tengok.
Lepas aku tengok anime ni, apa yang boleh aku katakan ialah THUMB UP!!!
Memang best!! Ending yang mengejutkan dan buat aku menangis.
Bukan apa, aku menghayati ceritanya, sebab tu aku menangis.
Cayalah!!!


Tajuk : Kobato
Manga : CLAMP
Ditayangkan di Jepun : 6 Oktober 2009 - 23 Mac 2010


Sinopsis
Kobato Hanato, seorang gadis yang manis dan comel tapi sangat-sangat naif dengan dunia persekitarannya.
Dia mempunyai misi untuk memenuhkan botol dengan hati yang telah disembuhkan olehnya supaya dia dapat pergi ke tempat yang diimpikan.
Sebagai syarat, dia tidak dibenarkan jatuh cinta dengan orang yang telah disembuhkan hatinya.
Dia ditemani Ioryogi, spirit berbentuk anak patung anjing biru.
Disebabkan Ioryogi telah bertanggungjawab terhadap hukuman ke atasnya dan kawan-kawannya, dia mesti membantu Kobato berjaya memenuhkan botol tu supaya dia dan kawan-kawanya dapat bertukar semula kepada bentuk asalnya.





Watak-watak



Kobato Hanato
Seiyuu : Kana Hanazawa (Memegang watak Anri Sonohara dalam anime Durarara!!!)
- Seorang gadis yang misteri dan sangat-sangat naif (sikap nilah yang menyebabkan dia selalu dimarahi Ioryogi) serta baik hati, tak menginginkan sesiapa pun terluka hatinya
- Sangat innocent dan berdedikasi, juga seorang penyanyi yang bagus
- Dia mencari orang yang terluka hatinya supaya dia dapat menyembuhkan hati orang tersebut. Sebagai ganjaran, dia akan mendapat 1 "candy" yang mengisi botol khas yang diberikan oleh Ioryogi. Jika dia dapat memenuhkan btol tersebut dengan "candy", dia akan dapat pergi ke suatu tempat yang diimpikan
- Hanya mempunyai masa sebanyak 4 musim (1 tahun) untuk memenuhkan botol tu dengan "candy".
- Dia tidak mempunyai memori tentang dirinya sebelum ini
- Terdapat beberapa syarat yang dia perlu ikuti antaranya tidak dibenarkan jatuh cinta ke atas orang yang telah disembuhkan hati olehnya dan tidak dibenarkan memberitahu orang lain tentang hajatnya
- Tidak dibenarkan membuka topinya di khalayak ramai kerana dia mempunyai "spiritual crown" di atas kepalanya yang menunjukkan bahawa dia telah mati
- Selalu membuat Ioryogi marah kerana sikapnya yang gelabah dan blur
- Bekerja sebagai pembantu Fujimoto di Yomogi Nursery kepunyaan Sayaka


Ioryogi

Seiyuu : Tetsu Inada (Memegang watak Kurogane dalam anime Tsubasa Reservoir Chronicle)
- Sifu pada Kobato. Dia yang bertangungjawab menjaga Kobato
- Menjelma sebagai anak patung anjing berwarna biru, sentiasa dibawa ke mana sahaja oleh Kobato
- Bersifat garang, kejam pada Kobato (suka menghembus api pada Kobato)
- Selalu memanggil Kobato dengan panggilan Dobato (bermaksud Stupid Dove) - sangat kejam
- Walaupun suka berlaku kejam terhadap Kobato, dia tetap baik terhadap Kobato, menaikkan semangat Kobato supaya lebih berusaha mendapatkan "candy"
- Nama sebenarnya Iorogi, tapi disebabkan Kobato tidak dapat menyebut dengan betul, Kobato memanggilnya Ioryogi


Fujimoto Kiyokazu

Seiyuu : Tomoaki Maeno
- Seorang lelaki kasar dan suka menyindir, bekerja di Yomogi Nursery bersama Kobato
- Juga jiran Kobato di apartment milik Chitose
- Sudah lama mengenali Sayaka dan sanggup menolong dan berkorban apa sahaja kerana dia terhutang budi dengan keluarga Chitose
- Pada mulanya dia selalu berlaku tidak adil terhadap Kobato tapi, lama-kelamaan dia semakin menerima Kobato di Nursery itu
- Fujimoto adalah seorang anak yatim yang diambil dan dijaga oleh ayah Sayaka. Dia juga tidak dapat membiasakan diri dengan rakan sebayanya masa itu
- Dia mengambil jurusan peguam tetapi berhenti dari pergi ke kolejnya kerana ingin menolong Sayaka
- Banyak berkerja part-time demi membantu kewangan Yomogi Nursery


Sayaka Okiura

Seiyuu : Fumiko Orikasa (Memegang watak Kuchiki Rukia dalam anime Bleach) - memang terkenal dia ni!! Antara seiyuu yang hebat!
- Guru dan pengetua di Yomogi Nursery
- Mengenali Fujimoto sejak Fujimoto berusia 7 tahun di mana ayahnya mengambil Fujimoto sebagai anak angkat
- Kawan baik Chitose, bersekolah sama dengan Chitose
- Seorang yang baik, amanah dan membenarkan Kobato menjadi salah satu tenaga pengajar di nursery itu
- Sayaka mempunyai masalah kewwangan kerana ayahnya mempunyai banyak hutang. Dalam masa yang sama, dia masih menjalankan nursery tu seperti biasa
- Sayaka pernah berkahwin tetapi telah bercerai dengan Okiura, pemungut hutang yang banyak kali mencuba menutup nursery tersebut


Chitose Mihara

Seiyuu : Houko Kuwashima (Memegang watak Kagura dalam anime Azumanga Daioh)
- Pemilik apartment yang sangat baik hati
- Ibu kepada dua orang anak kembar yang comel, Chiho dan Chise
- Kawan baik Sayaka


Chiho Mihara dan Chise Mihara

Seiyuu : Megumi Nakajima (Mmegang watak Ranka Lee dalam Macross Frontier)
- Anak kembar Chitose berusia 11 tahun
- Sangat manja dengan Kobato


Kazuto Okiura
Seiyuu : Shin'ichiro Miki (Memegang watak Kisuke Urahara dalam Bleach) - Seiyuu yang terkenal gak!!
- Pemungut hutang yang bekerja dengan Yakuza
- Suka senyum dan merokok
- Bertanggungjawab ke atas penutupan Yomogi Nursery milik Sayaka
- Bekas suami Sayaka
- Suka mengganggu dan mengherdik Fujimoto dan memandang hina kerana melukakan Sayaka pada masa lalu
- Berminat dengan Kobato pada pertemuan pertama mereka


Gensei
Seiyuu : Daisuke Namikawa (Memegang watak Ulquiorra Cifer dalam Bleach dan Fay D. Flourite dalam anime Tsubasa Reservoir Chronicle)
- Arnab yang ada memakai eyepatch yang mempunyai sejarah yang sama seperti Ioryogi
- Selalu ajak Ioryogi berlawan


Genko

Seiyuu : Rikaya Koyama (Memegang watak dalam anime hajime no Ippo)
- Kenalan Ioryogi
- Seekor beruang yang menjual baumkuchen (Kek Eropah). Memiliki sebuah kedai di dalam hutan di dimensi lain
- Juga mempunyai sejarah yang sama seperi Ginsei dan Ioryogi
- Seorang bangsawan dan dikatakan berasal dari dimensi lain


Takashi Doumoto

Seiyuu : Hiroshi Kamiya (Memegang watak sebagai Izaya Orihara dalam anime Durarara!!!)
- Kawan Fujimoto, seorang yang sangat sopan santun
- Berkawan baik dengan Fujimoto sejak dari sekolah menengah rendah
- Sangat mengambil berat terhadap Fujimoto
- Tertarik dengan Kobato


Lagu
Opening : Magic Number dari Maaya Sakamoto
Ending : 1) Jellyfish no Kokuhaku dari Megumi Nakajima
   2) Watashi ni Dekiru Koto dari Megumi Nakajiwa
Tambahan : The Days Coming Tomorrow dari Kana Hanazawa


Crossover
Kobato percaya teori dari Tsubasa yang mengatakan semua orang mempunyai dimensi yang berlainan tetapi mempunyai jiwa yang sama dalam setiap dimensi. 
Ada banyak watak-watak CLAMP disatukan dalam anime ni. Contohnya :
- Chitose Hibiya dari anime Chobits dan Tsubasa muncul sebagai Chitose Mihara sebagai pemilik apartment. 
  Chi/Elda dan Freya dari Chobits juga muncul sebagai anak kepada Chitose sebagai Chiho dan Chise. 
  Suami Chitose adalah Ichiro Mihara dari anime Angelic Layer
- Apartment yang dimiliki Chitose dan keluarganya juga muncul dalam anime Chobits. xxxHolic dan Tsubasa Reservoir Chronicle
- Ueda Hiroyasu juga muncul dalam Chobits menjadi pemilik kedai kek dalam anime ni
- Tukang tilik nasib dari XxxHolic (orang tua yang baik kawan Yuko Ichihara) muncul sebagai nenek tua bersama cucunya dalam Episod 1 Kobato
- Toya Kinomoto, abang Sakura dari anime Cardcaptor Sakura juga membuat penampilan sebagai pekerja yang memakai maskot arnab. Bekerja dengan Fujimoto
- Toshihiko, kanak-kanak yang belajar di nursery adalah crossover beberapa kali dari anime Tsubasa
- Kohaku adalah watak utama anime Wish turut muncul bersama Shuichiro
- Kimihiro Watanuki dari anime XxxHolic juga muncul. Mokona pun ada!
- Dalam Episod 20, Syaoran, Kurogane dan Fay muncul di dunia Kobato. Mencari memori Sakura macam dalam anime Tsubasa Reservoir Chronicle


Mokona!!!

Watanuki dan Ginsei

Trio dari Tsubada Reservoir Chronicle pun ada!!!

Suara Ioryogi sama dengan Kurogane!!!

Scene di Episod 1
Ni adalah kisah dalam salah 1 episod

Kesian Kobato kena cubit dengan Fujimoto

Jahatnya Ioryogi wat Kobato macam tu

Spiritual Crown atas kepala Kobato menunjukkan dia telah mati
Apa yang terjadi masa ni??



P/S : Menangis mendengar lagu The Day Coming Tomorrow dari Kana Hanazawa

1 doa buatku makin comel:

Kyo Kitd said...

saya pon peminat karya clamp...boleh x awak senaraikan anime2 clamp..saya suka sangat.. saya pon suka shouran..ehehee.. tengok sekali je saya dah terjerit2...ehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...