Temuduga, perkataan ni dah wat aku menggeletar selama seminggu sejak dapat surat panggilan hari Selasa lepas. Seperti yang diminta, aku memakai baju kurung biru gelap semasa menghadiri temuduga tersebut
(mengikut kata pensyarah, warna biru adalah warna terbaik untuk membuat ucapan atau menghadiri temuduga. Siapa tahu, mungkin kerana warna ni adalah warna yang baik untuk penglihatan mata)
Aku sekadar low-profile semasa menghadiri temuduga tersebut. Memakai sesopan yang boleh, berkasut tutup penuh, bermekap ala kadar dan senyum apabila ditegur. Tak perlu tonjolkan diri berlebihan, ala-ala kadar sudah. (Maaf, tiada gambar disertakan kerana terlalu gabra)
Tepat pukul 2 petang, kami diambil kedatangan dan menghadiri ujian bertulis di bilik yang disediakan. Soalannya berbunyi begini :
Nyatakan secara am tentang pengajian yang kamu ambil (kewartawanan, pengiklanan, dsb). Mengapakah kamu memilih pengajian ini dan apakah sumbangan anda terhadap pengajian ini.
Mula2 aku nak tulis dalam bahasa Melayu, malangnya, aku ternampak perkataan ni,
BAHASA INGGERIS
Aduyai, BI aku ni lemah. Takpelah, aku cuba sedaya upaya buat esei yang tak seberapa.
Selepas 30 minit, ujian bertulis tamat. Kata pensyarah yang mengendalikan, selepas ni akan diadakan temuduga. Makin aku gabra. Dalam BI lagi la ni. Aku pun membaca nota tentang Bachelor Mass Comm. Publishing. Menyiapkan fail2 supaya tidak kelam kabut bila dipanggil nanti. Ditemuduga di bilik lain, dipanggil seorang demi seorang, perasaan cuak makin meninggi. Berpeluh!
Bila nama dipanggil, aku mulakan langkah kanan melangkah masuk ke dalam bilik temuduga
Gabra punya pasal, sampai terlupa bawa IC. Aiyooo...macam mana boleh lupa ni?? Pertama, dia tanya tentang diri sendiri. Pastu, ditanya result masa diploma dulu. Kenapa nak belajar dalam course ni, Course ni tentang apa? Speaking lagi, terus terang je aku cakap broken english...hehehe
Banyak gakla ditanya, sampai aku pun dah terlupa. Akhir sekali, dia senyum je. Mungkin puas hati dengan jawapan aku kot. Bukan apa, aku dah pernah belajar asas tentang penerbitan masa belajar kat Poly dulu
Jadi, cuma perlu imbas kembali je.
Selepas tu, tamat temuduga. Boleh balik!!! Yeah!!!
P/S : Agak kurang berpuas hati apabila dress code tidak ditekankan. Hurm, kalau berpakaian sopan pun apa salahnya kan? For me, free hair is just fine. Takpe, asalkan pakailah sopan. Yang ni pakai baju kebaya dengan bukaan di dada dan sekadar ditutup dengan tube. Lelaki, ok ke aku tengok. Pakai ikut dress code. Smart je. Memalukan sungguh perempuan tu. Aku pun tak puas hati. Lagi satu gurl ni bertudung, pakai baju jarang giler! Nampak badan tu. Tepuk dahi aku...Aiseh...
0 doa buatku makin comel:
Post a Comment