Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts
Top 10 Lagu Tema Anime Tahun 2010
Undian yang telah dijalankan di pembekal internet Jepun, BIGLOBE dan sebanyak 10,701 pengundi yang telah mengundi lagu kegemaran mereka. Hasilnya adalah seperti carta di bawah :
1. Happy New Nyaa (Mayoi Neko Overrun!) - 2,449 undi
2. Shinryaku no Susume (Shinryaku Ika Musume) - 2,284 undian
3. NO, Thank You! (K-ON!!) - 2,216 undian
4. Utauyo!! MIRACLE (K-ON!!) - 1,766 undian
5. My Soul, Your Beats (Angel Beats!) - 1,712 undian
6. GO! GO! MANIAC (K-ON!!) - 1,613 undian
7. Listen!! (K-ON!!) - 1,578 undian
8. Hikari no Senritsu (So-Ra-No-Wo-To) - 1,348 undian
9. irony (Oreimo) - 1,148 undian
10. Crow Song (Angel Beats!) - 1,143 undian
Macam tak logik je carta ni. Apasal lagu yang undi ni semuanya sangat MOE? Yang undi ni mesti perempuan.
P/S : Aku tak setuju dengan carta ni. Banyak lagu best yang patut masuk dalam carta.
Review Anime : Kuragehime (Princess Jellyfish)
Sudah habis menonton anime ni 2 hari lepas, rasa malas nak buat review. Tapi hari ni kena rajin sikit. Haha. Anime ni aku dah muat turun lama dah, tapi tak berkesempatan nak tonton. Jom kita baca info mengenai anime Kuragehime.
Kuragehime (Princess Jellyfish)
Genre : Komedi, Romantik
Tema : Crossdressing, otaku
Episod : 11 episod
Tarikh Tayangan di Jepun : 14 Okt 2010 - 30 Dis 2010
Sinopsis
Amamizukan adalah sebuah apartment di mana lelaki dilarang sama sekali masuk ke dalamnya. Yang uniknya, apartment ini didiami oleh wanita yang "otaku" dan "nerd". Kurashita Tsukimi, seorang ilustrator yang obses dengan obor-obor telah 3 bulan tinggal di apartment tersebut. Kehidupannya mulai berubah setelah berkenalan dengan seorang wanita yang sangat cantik. Wanita tersebut bermalam di apartment tersebut pada malam mereka berkenalan. Malangnya, wanita cantik tersebut adalah lelaki!
Review
Walaupun di rating sebagai Excellent dalam Anime News Network, bagi aku anime ni masih banyak kekurangannya. Jalan ceritanya memang mudah difahami dan sangat simple. Sesuai untuk semua peringkat umur. Anime yang sangat-sangat clean. Cuma, 11 episod yang ditayangkan seperti tidak mencukupi. Banyak persoalan dalam anime ini tidak terjawab. Aku pun ternganga, kenapa cerita ini tergantung di akhir cerita? Tak macam habis pun? Harap-harap semua persoalan tersebut akan terjawab kalau ada musim kedua.
Suka dengan "chemistry" antara semua watak. Bagaimana seorang perempuan yang "nerd" (Tsukimi) berkawan dengan seorang lelaki yang suka berpakaian seperti wanita (Kuronosuke). Abang tiri Kuronosuke, Shuu yang tegas, serius, pentingkan kerja terpikat dengan Tsukimi? Gabungan watak-watak memang sangat menjadi dan boleh dikatakan tak sabar nak tahu kisah mereka bertiga dalam setiap episod. (Kecuali beberapa watak yang aku rasakan amat annoying, tak suka sangat)
Rating untuk anime ini, 3.5 bintang.
Trivia
Manga Kuragehime memenangi Kodansha Manga Award bagi kategori Manga Shojo Terbaik.
Soundtrack
1. Koko Dake no Hanashi - Chatmonchy (OP)
2. Kimi no Kirei ni Kizuiteokure - Sambomaster (ED)
Lagu ending anime ini. Sangat best!
Sesuai untuk ditujukan kepada wanita yang tersayang. Lirik memang bermakna
Kimi no Kirei ni Kizuiteokure - Sambomaster
Every girl grows up into a beautiful princess. Zutto!
Video : Gathering Blogger di Burmese Pool, Taiping
#Untuk keterangan lebih lanjut tentang gathering ini, sila klik Gathering Blogger di Burmese Pool, Taiping.
Video ini menceritakan suasana kami masa gathering 10 Julai lepas. Nampak meriah kan? Bagi sesiapa yang tinggal kat Perak, belajar kat Perak, atau kerja di Perak, korang boleh join Group Blogger Perak di Facebook ya?
P/S : Ntah dapat join gathering macam ini atau tidak pada masa akan datang.
Review Anime : Fullmetal Alchemist Brotherhood
Nak tahu tak? Dah lama aku mengidam nak tonton anime ni dari tahun lepas lagi. Akhirnya, dapat juga menonton anime ni. Macam dah tertunai hajat yang selama ini terpendam. Merata-rata aku bertanya kawan-kawan aku, manalah nak dapat anime ni. Tambahan pula sekarang, laman web banyak dah kena sekat menyebabkan aku makin malas nak muat turun anime sekarang. Jom kita baca info tentang Fullmetal Alchemist : Brotherhood.
Fullmetal Alchemist : Brotherhood
Genre : adventure, komedi, drama, fantasi, misteri, psychological
Episod : 64 episod
Tarikh tayangan : 5 April 2009 - 4 Julai 2010
Movie : Fullmetal Alchemist The Movie : The Sacred Star of Milos
Sinopsis
2 adik beradik. Edward dan Alphonse Elric kehilangan ibu mereka,Trisha kerana penyakit yang tidak boleh diubati. Dengan kuasa alkimia, mereka melanggar pantang dengan menghidupkan ibu mereka semula. Proses tersebut gagalm dan sebagai tolnya kerana melanggar pantang itu, Edward kehilangan kaki kirinya manakala Alphonse kehilangan seluruh badan. Untuk menyelamatkan Alphonse, Edward mengorbankan tangan kanannya dan meletakkan roh Alphonse pada 1 sut baju perisai. Dengan pertolongan keluarga Rockbell, Edward menerima tangan besi baru (automail). Akibat kejadian itu, Edward berjanji akan mencari Philosopher's Stone untuk mengembalikan badan Alphonse yang hilang. Kerana kegigihan dia belajar ilmu alkimia, dia dianugerahkan Alkimia Negeri (State Alchemy), iaitu seseorang yang menggunakan alkimia untuk tentera.
Review
Excellent! Aku bagi 5/5 bintang untuk anime ni. Jalan cerita memang yang terbaik dan kompleks. Penuh dengan debaran, aksi dan ada psikologi. Sangat berbeza dengan siri yang sebelum ini. Hanya ada persamaan pada permulaan cerita. Banyak juga watak yang ditambah untuk anime ni. Bak kata kawan aku, siri ini mengikut jalan cerita dalam komik. Jadi, ramai peminat komik yang lebih puas hati bila melihat persamaan jalan cerita tersebut.
Yang penting, ada happy ending! Tak seperti siri pertama, perlu menonton movie untuk melihat pengakhiran cerita. Memang berbaloi-baloi untuk ditonton. Dan aku lebih suka anime ini berbanding siri yang sebelum ini. Nak tahu apa pengakhiran anime ni? Kenalah tonton anime ini!
Soundtrack
1. Again - YUI (OP1)
2. Hologram - NICO Touches the Walls (OP2)
3. Golden Time Lover - Sukima Switch (OP3)
4. Period - Chemistry (OP4)
5. Rain - SID (OP5)
6. Uso - SID (ED1)
7. Let It Out - Miho Fukuhara - (ED2)
8. Tsunai Da Te - Lil' B (ED3)
9. Shunkan Sentimental - SCANDAL (ED4)
10. RAY OF LIGHT - Shoko Nakagawa (ED5)
Dalam banyak-banyak lagu dalam anime ni, lagu ini yang paling best!
Shunkan Sentimental - SCANDAL
A lesson without pain is meaningless.
That's because you cannot gain something without sacrificing something else in return.
But, once you've withstood the pain and overcome it,
you will gain a heart that is stronger than everything else.
Yes, A Fullmetal heart.
- Edward Elric -
P/S : Aku menonton anime ni dalam masa 6 hari. Lega bila dapat tengok Alphonse dapat badan dia semula. Dan masa episod 63-64, aku asyik menangis je. Menghayati la katakan. Hehe...
Lightning Doodle Projects - PIKA-PIKA
Pernah dengar mengenai PIKA-PIKA? Tak pernah bukan? Aku pun baru dapat tahu dari rancangan Guess Guess Guess kat 8TV. Memang menarik sangat-sangat! Mereka hanya menggunakan cahaya untuk membuat animasi. Kiranya mereka menggunakan lampu berwarna-warni untuk melukis dan menggerakkan sebanyak yang mungkin untuk menjadikannya satu animasi.
Habat bukan?
Inilah hasilnya, kumpulan Tochka dari Jepun
All I Want Is You To Be Safe and Sound
KOTONAX X PIKA-PIKA
Habat bukan?
Inilah hasilnya, kumpulan Tochka dari Jepun
All I Want Is You To Be Safe and Sound
KOTONAX X PIKA-PIKA
P/S : Malaysia pun boleh buat macam ini juga! Malaysia Boleh!
Review Anime : Kuroshisuji II
# Klik di sini untuk ketahui tentang Kuroshitsuji
Kuroshitsuji II
Genre : Misteri, supernatural
Tema : Bishonen, hitam, komedi
Episod : 12 episod
Sinopsis
Dalam lewat abad ke-19, satu tahun dan 3 bulan selepas konklusi dramatik dalam musim pertama, Kuroshitsuji II memperkenalkan tuan dan butler yang baru. Alois Trancy yang sentiasa ceria itu pernah mengalami zaman kecil yang amat menakutkan. Ketika masih bayi, dia diculik dan dipaksa bekerja sebagai hamba di sebuah kampung. Pada suatu hari, kampung tersebut mengalami bencana. Semua meninggal dunia dalam bencana tersebut kecuali dia. Dia kemudiannya kembali ke rumah asalnya akan tetapi sikapnya mulai berubah. Dan paling mencurigakan, dia kembali dengan Claude Faustus, seorang yang tidak beremosi (hati kering).
Review
Hebat! Walaupun pada pertengahan cerita aku sedikit keliru, tapi jalan cerita memang sangat mengkagumkan. Tak pernah mengecewakan aku. Aku pun sentiasa menanti-nantikan episod seterusnya. Pada mulanya, aku ingat Ciel Phantomohive tidak akan kembali. Tapi sangkaan aku salah. Watak Ciel dan Sebastian masih ada lagi! Dan mereka yang akan memberhentikan segala rancangan jahat Alois.
Dalam anime ini, kita juga akan ketahui bagaimana Alois boleh bersikap sangat-sangat kejam. Alois juga sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Ciel. Akan tetapi, sesuatu yang tidak terduga terjadi pada akhir cerita ini. Nak tahu? Kenalah tonton anime ini.
Aku bagi 5/5 bintang untuk anime ini. Berbaloi-baloi untuk ditonton!
Soundtrack
1. Shiver - The Gazette (OP)
2. Bird - Yuuya Matsushita (ED1)
Apa pendapat korang?
P/S : Anime akan datang - Kuragihime @ Tegami Bachi (Season 2)
Kuroshitsuji II
Genre : Misteri, supernatural
Tema : Bishonen, hitam, komedi
Episod : 12 episod
Dalam lewat abad ke-19, satu tahun dan 3 bulan selepas konklusi dramatik dalam musim pertama, Kuroshitsuji II memperkenalkan tuan dan butler yang baru. Alois Trancy yang sentiasa ceria itu pernah mengalami zaman kecil yang amat menakutkan. Ketika masih bayi, dia diculik dan dipaksa bekerja sebagai hamba di sebuah kampung. Pada suatu hari, kampung tersebut mengalami bencana. Semua meninggal dunia dalam bencana tersebut kecuali dia. Dia kemudiannya kembali ke rumah asalnya akan tetapi sikapnya mulai berubah. Dan paling mencurigakan, dia kembali dengan Claude Faustus, seorang yang tidak beremosi (hati kering).
Review
Hebat! Walaupun pada pertengahan cerita aku sedikit keliru, tapi jalan cerita memang sangat mengkagumkan. Tak pernah mengecewakan aku. Aku pun sentiasa menanti-nantikan episod seterusnya. Pada mulanya, aku ingat Ciel Phantomohive tidak akan kembali. Tapi sangkaan aku salah. Watak Ciel dan Sebastian masih ada lagi! Dan mereka yang akan memberhentikan segala rancangan jahat Alois.
Dalam anime ini, kita juga akan ketahui bagaimana Alois boleh bersikap sangat-sangat kejam. Alois juga sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Ciel. Akan tetapi, sesuatu yang tidak terduga terjadi pada akhir cerita ini. Nak tahu? Kenalah tonton anime ini.
Aku bagi 5/5 bintang untuk anime ini. Berbaloi-baloi untuk ditonton!
Soundtrack
1. Shiver - The Gazette (OP)
2. Bird - Yuuya Matsushita (ED1)
3. Kagayaku Sora no Shijima ni wa - Kalafina (ED2)
#Shiver dan Bird adalah lagu kegemaran aku!
Aku suka sangat-sangat lagu ini
Shiver - The Gazette
Apa pendapat korang?
P/S : Anime akan datang - Kuragihime @ Tegami Bachi (Season 2)
Senarai Lagu Anime Bleach~
Mesti ramai peminat Bleach kat sini kan? Kalau korang peminat anime ni, mesti susah nak cari tajuk lagu kan? Meh, aku tolong korang. Ini antara lagu dari yang pertama hingga yang terkini.
Opening :
1. Asterisk - Orange Range
2. D-Tecnolife - UVERworld
3. Ichirin no Hana - High and Mighty Color
4. Tonight, Tonight, Tonight - Beat Crusader
5. Rolling Star - YUI
6. ALONES - Aqua Timez
7. After Dark - Asian Kung-Fu Generation
8. Chu-Bura - Kelun
9. Velonica - Aqua Timez
10. Shoujo S - Scandal
11. Anima Rossa - Red Soul
12. Change - Miwa
13. Ranbu no Melody - SID
Ending :
1. Life Is Like A Boat - Rei Fu
2. Thank You! - Orange Range
3. Houki Boshi - Younha
4. Happy People - Skoop On Somebody
5. Life - YUI
6. My Pace - SunSet Swish
7. Hanabi - Imono-gakari
8. MOVIN - Takacha
9. Baby Its You - June
10. Sakura Biyori - Mai Hoshimura
11. Ore Ska Band - Tsumasaki
12. Dandai (Bitter Orange) - Chatmonchy
13. Tane wo Maku Hibi - Kousuke Atari
14. Kansha - Real Street Project
15. Orange - Lil' B
16. Gallop - Pe'zemoku
17. Hitohira no Hanabira - Stereopony
18. Sky Chord~Otona ni Naru Kimi e~ - Tsuji Shion
19. Kimi o Mamotte, Kimi o Aishite - Sambomaster
20. Mad Surfer - Asai Ken'ichi
21. Sakurabito - SunSet Swish
22. Tabidatsu Kimi e - Real Street Project
23. Stay Beautiful - Diggy-MO'
24. Echoes - Universe
25. Last Moment - SPYAIR
26. Song For... - Rookiez Is Punk'd
27. Aoi Tori - Fumika
Filem :
1. Sen no Yoru wo Koete - Aqua Timez
2. Koyoi, Tsuki ga Miezu Tomo - Porno Graffitti
3. Save The One, Save The All - T.M Revolution
Ini lagu kegemaran aku dalam anime Bleach ini
Ichirin no Hana
Lagu kegemaran korang pulak apa?
Review Anime : Kimi Ni Todoke Season 2
Dalam masa 2 hari sahaja, aku dapat habiskan kesemua 12 episod. Sangat teruja dengan kisah cinta + konflik anime Kimi Ni Todoke.
Untuk mengetahui review aku mengenai anime Kimi ni Todoke Season 1, sila klik Kimi ni Todoke
Review
Anime ini sambungan kepada season 1 dengan tajuk yang sama iaitu Kimi Ni Todoke. Aku sangat enjoy menonton anime ini walaupun sesetengah scene boleh membuatkan aku mengantuk. Masih mengekalkan semua watak utama seperti season 1, dan tambahan watak dalam season 2 membuatkan kisah anime ini lebih meriah. Anime ini lebih fokus kepada kisah cinta Kazehaya dan Sawako. Pelbagai halangan yang perlu ditempuhi untuk menyatukan cinta mereka berdua. Salah faham + konflik menyebabkan mereka saling berjauhan. Nak tahu lebih lanjut kesudahan mereka berdua? Tontonlah anime ni~
Soundtrack
Season 1
1. Kimi ni Todoke - Tomofumi Tanizawa (OP)
2. Kataomoi - Chara (ED)
Season 2
1. Sawakaze - Tomofumi Tanizawa (OP)
2. Kimi ni Todoke - May's (ED)
Ini adalah lagu ending season 2. Sangat suka lagu ni.
Cubalah dengar^^
Pabila Ibu Kucing Memeluk Anak Kucing Dengan Eratnya
Comel kan? Agaknyalah semua binatang menunjukkan kasih sayang macam ni jugak kan? Cuma kita je tak tahu.
Ibu kita pun macam ni jugak, menjaga kita dari kecil hinggalah besar. Tak pernah kenal erti penat, sakit. Ibu sayangkan kita sangat-sangat. Tapi kenapa anak muda zaman sekarang mudah sangat bencikan ibu? Hati ibu juga sensitif seperti hati kalian. Aku juga tak faham kenapa anak muda zaman sekarang memberontak, seperti tiada keadilan di dunia ni? Pelik tapi benar.
Kalau tak dibelikan motor, mahu je nak lari dari rumah. Kemudian, ibu juga yang bersusah payah mencari kita semula. Minta pulang ke rumah dengan segera. Anak pula dengan egonya tak mahu pulang. Kononnya boleh hidup berdikari, dapat mencari duit tanpa bantuan sesiapa pun. Akhirnya, ibu juga yang kecewa dan menangis.
Aku juga tidak terkecuali. Pernah rasakan yang ibu ini tidak adil. Kenapa ibu tidak memberi kita peluang untuk berjaya. Tapi nasihat ibu mengatasi segalanya. Ibu tahu yang terbaik buat kita. Ibu kenal kita sejak kecil lagi.
Kawan-kawan, hargailah ibu kita sementara mereka masih ada.
P/S : Masih menonton video ni sehingga menitis air mata...
Kenali Stop Motion, Salah Satu Cara Membuat Animasi!
Kenal animasi Wallace & Gromit? Chicken Run? Caroline? Ha, mesti tertanya-tanya, macam mana cara pembikinan animasi seperti ini? Walaupun nampak senang, sebenarnya agak sukar untuk membuatnya. Bukan senang nak hasilkan animasi (masih ada yang menganggap animasi itu sebenarnya bidang yang sangat mudah, terutama mak cik-mak cik aku. Haha).
Ni 3D Animation
Cun kan? Cume kualiti video je kureng sikit^^
Stop Motion merupakan satu teknik animasi yang dihasilkan melalui pergerakan satu persatu. Sama ada secara 2D atau 3D dengan penggunaan tanah liat atau objek2 lain. Kebiasaanya dengan menggunakan kamera digital atau imej-imej yang saling bercantum dan menyebabkan pergerakan terhasil. Nampak senang? Rumit sebenarnya, tapi masih boleh dilakukan di rumah. Yang penting korang kreatif, korang dapat buat seperti kawan kita ni :
Menarik kan?
Mood yang digunakan juga cun sangat-sangat, rasa jiwang sebentar
Ni 3D Animation
Cun kan? Cume kualiti video je kureng sikit^^
P/S : Aku pernah membuat stop motion masa belajar dulu, tapi tak berjaya. Aku akui masih banyak yang aku lemah dalam bidang animasi ini. Berusaha!
Kerana Konvokesyen, Aku Kembali ke Perlis
Alhamdulillah surat yang ditunggu-tunggu sudah tiba
Akhirnya, aku akan menjadi graduan yang sah setelah konvo ni
Tak sabar rasanya nak ke Perlis semula setelah setahun tidak menjejakkan kaki ke sana
Apa khabar pensyarah-pensyarah? Junior-junior? (mungkin tak ada sebab tengah bercuti)
Kawan-kawan, aku rindui korang semua.
Nantikan kedatangan aku tau Perlis!
Kalau teringat kawan-kawan, aku akan teringat lagu ni
Terutama Bob, ko suka nyanyi lagu ni^^
Nanti kita jumpa di sana yek?
P/S : Tak dapat jumpa Puan Nurul Aini Idaya (Penasihat Akademik DDS Sesi Julai 2007) kerana beliau telah berpindah ke Politeknik Johor. Mama, rindui kamu sangat-sangat...
Makhluk Berbulu Paling Comel Di Dunia!
Bangun pagi, berharap hari ni adalah hari yang ceria berbanding semalam. Lepas selesai semua kerja rumah, aku terus mengadap PC kesayangan. Macam biasa, aku takkan bersarapan pagi sebab takut sakit perut. Dah biasa macam ni sejak sekolah lagi. Kalau sarapan, gerenti + warantty akan selalu g ke tandas. Ntah apa2 perut ni. Mengada-ngada tak tentu pasal. Haha.
Ok2, mari jadikan hari ni lebih ceria dengan tayangan video Makhluk Berbulu Paling Comel Di Dunia iaitu Maru The Cat! Gerenti + Warantty korang akan terpana + terpaku + rasa geram dengan kecomelan kucing ni. Enjoy^^
Ok2, mari jadikan hari ni lebih ceria dengan tayangan video Makhluk Berbulu Paling Comel Di Dunia iaitu Maru The Cat! Gerenti + Warantty korang akan terpana + terpaku + rasa geram dengan kecomelan kucing ni. Enjoy^^
Amacam? Dah ceria semua? Dah senyum? Aku suka masa Maru masuk berlari masuk kotak tu. Dahlah tembam2. KAWAIIII!!
Credit this video to Mr Delirium^^
P/S : Berusaha untuk menghabiskan menonton Bakemonogatari yang sangat memboringkan.
Aizdean Ada Blog! Jom Follow Dia!
Kenal Aizdean tak? Ala, pelajar yang berasal dari Malaysia tapi popular di Jepun tu. Dia penyanyi terkenal kat sana. Lagunya pernah di tangga pertama kat carta lagu di sana. Hebat bukan? Tak silap lah kan, dia dah menetap di Jepun sejak dia menjadi pelajar di sana dulu. 9-10 tahun kot. Sekali dia speaking Jepun, aku jadi terpana. Dan memang macam orang Jepun, tak ada slang orang Melayu dah. Memang hebat la dia ni. Kagum2!!!
Aku pun ada koleksi lagu dia tapi tak banyak. Memang payah nak jumpa. Lagipun dia tak pernah pun promot lagu dia kat sini. Jadi mana mungkin untuk dapatkan album dia kan? Paling aku suka lagu One (Mou Ichido). Best2 walaupun diulang banyak kali. Teringin nak tengok dia buat persembahan di Malaysia. Kat ABP hari tu dia ada datang tau. Tapi tertunggu jugak dia buat persembahan. Hati hampa, orang lain plak yang buat persembahan. =_="
Ni video promo lagu dia di Jepun. WOW
Kawan2, nak tahu tak, penyanyi ni dah ada blog! Jom follow dia untuk ketahui lebih lanjut tentang kehidupan seharian dia, perkembangan muzik dia di Jepun. Jangan risau, dalam blog ni dia speaking Melayu. Hehe^^
Klik pada banner ni untuk ke blog Aizdean!
P/S : Aku dah jadi follower rasmi blog Aizdean ni! Follower ke-103.
P/S/S : Ada yang kata dia tak mungkin popular di Malaysia. Kenapa yek? Orang Malaysia ni masih memandang rupa ke untuk menjadi popular? Hey, Aizdean ni smart jugak, pandai plak tu. Proud to be Malaysian!
Paradise Kiss Trailer
Tak sabar sangat2 nak tengok cerita ni. Walaupun takkan ditayangkan di Malaysia, tapi, tengok trailer filem pun jadilah. Rasa kempunan nak tengok cerita ni sangat2! Ha, cerita ni berasal dari manga, lepas tu diadaptasi ke anime dan kemudian ke filem. Filem ni ditayangkan pada 4 Jun 2011.
Kali ni nak letakkan banyak2 video. Bagi korang loading page ni lambat. Hehe, gurau je.
Yang ni first trailer
Ni second trailer. Dah nampak semua pelakon2nya
Inilah pelakon2nya! Kenal tak?
Soundtrack untuk lagu ni dari penyanyi kegemaran aku, YUI. Tahu lagu ni dari trailer je. Dan aku cuba jugak search lagu ni, tak jumpa lagi.
1) YUI - Hello
2) YUI - You
Review peminat anime/manga tentang filem ni lebih banyak kepada negatif. Antaranya :
- Kenapa yang jadi watak George, tak hot macam George (Bagi aku, dia ni smart juga)
- Kenapa rambut George tak warna biru (Rasanya lagi pelik kalau rambutnya berwrna biru ikut watak anime)
- Kenapa watak Arashi tak bertindik di mukanya (Erk, yang ni betul jugak, watak yang sepatutnya macam ganas)
- Kenapa watak Miwako ni tak comel, rambut tak curly, bukan warna pink (Erm, bukan ke sepatutnya dia berbadan kecik macam budak sekolah rendah?)
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Walaupun banyak reaksi negatif, tapi masih ramai yang mahu menonton filem ni.^^
P/S : Keiko Kitagawa memang comel dalam filem ni. Cantik + Gorjes + Cun!
Lagu yang Korang Boleh Buat Ringtone, Memang Comel!
Ada sesiapa suka lagu comel tak? Silakan dengar lagu comel kat video kat bawah ni.
Aku suka tapi its a little bit annoying
Cant get it out of my head
Dan aku masih nyanyi sampai sekarang, entah kenapa?
Dan aku pun telah jadi macam Satou yang secara tak sengaja nyanyi bila dengar lagu ni...
Totally, LOL!
Nak Mata Macam Avril Lavigne? Celak Je Mata Tebal-tebal
Kenapa aku minat Avril yang kecik molek ni?
1) Aku suka lagu genre punk rock, mestilah aku suka Avril
2) Aku suka hampir semua lagu dia. Feeling tau! Terutama lagu When You're Gone, Don't Tell Me dan Keep Holding On
3) Suka cara mekap dia, terutama mata dia. Cantik sangat2 bagi aku.
Seriously, I'm not good in make up. Kalau guna blusher pun macam pakai tepung merah tempek2 je kat muka. Eyeshadow pun aku tak reti nak blend. Sekadar letak warna coklat (warna yang selamat) pada kelopak mata. Pernah aku cuba nak blend eyeshadow ni, tapi nampak mata macam lebam. Arghhh, cuci muka cepat2. Pelik bin Ajaib, macam mana orang lain make up cantik, aku tak. Ok, aku masih perlu belajar. Asas mekap pun masih tak lepas lagi. Hehehe
Ok, berbalik kepada topik kita, macam mana nak mekap mata emo macam Avril? Aku jumpa video ni. Macam tak susah je dia mekap kan? Cun je hasilnya. Aku paling suka pada matanya, cantik! Ada glitter lagi. Dan paling aku cemburu, adalah mukanya. Licin gila! Ha, untuk pengetahuan korang. si tutor ni kesian kena kutuk dengan penonton video ni sebab dia tak cantik. Hey, dia tu niat nak ajar tau, hasil mekap dia cantik. Aku suka sangat2.
Video kedua ni pula, ramai suka jugak sebab si tutor ni lawa + cantik. Nampak sangat berat sebelah. Padahal, dia guna celak je. Simple sangat2 tutorial dia buat.
Amacam girls? Suka tak dua video ni? Aku reti guna celak je. Tak reti yang lain2. Gincu pun aku guna warna pink natural. Memang plain je muka ni. Mata je macam emo, hitam je.
Nampak tak? Mata emo aku
P/S : Entri ini siap pada pukul 2 pagi. Yeah!






















