Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Cerpen Seram : Cinta Hitam~


Di sini aku akan letak link mengikur turutan. Lebih mudah untuk dibaca. 





Sila komen selepas baca ye. Terima kasih^^

Mira Dikhianati Cintanya. Fairuz Dilemma Antara Dua. Suzy Yang Dambakan Cinta. PART IV

Suzy bergegas ke rumah sewa Fairuz. Semasa dia melalui taman, dia ternampak Mira bersama Fairuz. Hatinya bertambah panas melihat Mira yang memeluk erat tangan Fairuz. Terus sahaja dia melempang muka Mira. Hatinya terlalu sakit melihat mereka berdua terlalu rapat antara satu sama lain.

“Kenapa awak ada kat sini, Suzy?”. Fairuz terkejut melihat tindakan Suzy menampar muka Mira. Mira memegang pipi, menahan sakit.

“Kenapa awak kata? Kenapa awak bersama Mira? Mira! Dengar sini! Lebih baik kau balik ke rumah daripada kau rapat dengan Fairuz.”

“It’s not like that, Suzy”.  Fairuz cuba membetulkan salah faham.

“What part is not like that? Bukan ke kau dah break up dengan dia? Jadi sekarang giliran saya plak yang harus disayangi, bukan dia!”

“Suzy, sebenarnya…” Mira hanya terdiam melihat mereka berdua bertengkar.

“Fairuz, awak tak sayang Mira lagi kan? Mesti dia ada buat sesuatu pada awak kan?”

“Mira tak buat apa-apa pun”. Fairuz mempertahankan Mira.

“Tipu! Kau pergi sekarang dari sini, Mira! Pergi dari sini!”

“Kau hanya mempergunakan Fairuz, Suzy.” Mira senyum. Senyumannya yang mengejutkan Suzy dan Fairuz.

“Apa??” Suzy ingin melempang muka Mira sekali lagi tetapi tangan Mira sempat menahannya.

“Semata-mata ingin melihat hubungan kami musnah, kau sanggup buat semua perkara itu, Suzy”

“Tidak! Kami mencintai antara satu sama lain”. Suzy bengang

“Mencintai antara satu sama lain? Itu yang hanya kau mahu percaya, kan? Walaupun semua ini berlaku,  aku sentiasa maafkan kau, Suzy. Dulu kau pernah kata, Abang Fairuz selalu menceriakan aku kan?  Disebabkan itu, aku memikirkan semula perasaan Abang Fairuz.”

“Kenapa kau cakap semua perkara ini sekarang?”

“Aku akhirnya faham yang Abang Fairuz sentiasa tunggu aku. Selalu di samping aku. Sebab itulah aku masih sayangkan Abang Fairuz lagi”. Mira memeluk erat badan Fairuz. Fairuz mencium dahi Mira. Mira tersenyum puas. Fairuz mencium bibir Mira, lama.

“Hentikan semua ini! Please stop! Tidakk!!” Jerit Suzy. Hatinya terluka melihat Mira yang asyik dicium Fairuz. Dia berlari jauh dari situ. Tak sanggup melihat saat romantik Mira dan Fairuz.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Suzy bangun lewat. Dia melihat skrin telefon bimbitnya menyala-nyala. Suzy segera melihat,  ada mesej masuk. Dari Fairuz! Betapa gembiranya dia mendapat mesej dari Fairuz. Agaknya Fairuz ingin meminta maaf dari dia atas apa yang berlaku semalam. Tapi, hatinya hancur membaca mesej dari kekasih hatinya itu.

Mungkin dengan menggugurkan anak itu, akan mengurangkan beban awak, Suzy.  Mira kenal dengan satu doktor pakar ini. Buatlah secepat yang mungkin ye? - Fairuz

Suzy membalas semula mesej itu.

We’ll need to talk. I’ll be at your house. Only us two”- Suzy

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Seperti yang dijanjikan, Suzy sampai di rumah sewa Fairuz tepat jam 9.00 malam.  Suzy kelihatan sugul. Tak bermaya. Terlihat lingkaran hitam di bawah matanya.

“Have a seat, Suzy”. Wajah Suzy masih tidak menampakkan sebarang perubahan emosi. Hanya diam tanpa sebarang kata.

“Jadi, macam mana dengan cadangan itu? Awak setuju tak?”. Suzy masih lagi diam. Fairuz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Err, saya buatkan air kejap ye. Awak nak apa? Teh? Oren?”

“Biar saya je yang buatkan”. Suzy berlalu ke dapur. Memasak air.

Suzy melihat keadaan dapur. Terkenang kembali kenangan manisnya di situ. Mereka pernah memasak bersama-sama di dapur itu. Makan bersama-sama. Menyuap makanan antara satu sama lain. Terlalu indah untuk dikenang. Suzy sebak. Dia menghantar mesej pada Fairuz.

Lamunan Fairuz terhenti apabila mendengar cerek berbunyi nyaring. Desing telinganya bila bunyi cerek itu masih tidak berhenti. Dengus hati dia, mana Suzy menghilang? Dia menutup api dapurnya itu. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia melihat mesej dari Suzy.

GOODBYE FAIRUZ! - Suzy

Suzy di belakangnya memegang pisau pemotong daging. Tanpa sempat Fairuz bertindak, Suzy telah menikamnya.  Suzy menikam perut Fairuz bertubi-tubi sehingga dia jatuh ke lantai.

“Awak hanya mahukan kebahagiaan awak sahaja! Awak tak pernah memikirkan tentang hati saya!”.  Suzy duduk di atas badan Fairuz. Dia menikam dada Fairuz. Badan Fairuz menggeletar bagai ayam yang baru disembelih. Air matanya meleleh laju keluar. Darah banyak mengalir keluar dari tempat tikamannya itu. Memancut-mancut tanpa henti.

“Suzy….”. Fairuz memanggilnya lemah. Tangannya sempat memegang perut Suzy. Suzy tersedar dari emosinya. Dia berhenti menikam Fairuz. Melihat tangan Fairuz memegang perutnya, kemudian terkulai di sisi. Fairuz tidak bergerak lagi.

Suzy memandang mata Fairuz. Terbeliak. Dia terkejut. Panik melihat darah yang mengalir di lantai dapur itu. Dia melepaskan pisau pemotong daging di situ. Bajunya penuh dengan darah Fairuz. Dia harus balik ke rumah. Tiada sesiapa pun harus tahu perkara ini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Assalamualaikum, Abang. Mira ni”. Mira memberi salam. Hanya kerana terlalu rindu, dia ke rumah sewa Fairuz. Ingin mengajaknya keluar makan.

“Pintu tidak berkunci, takkanlah Abang keluar tak kuncikan pintu. Mira masuk ye?”

Alangkah terkejutnya Mira melihat sekujur tubuh tak bermaya di dapur.

“ABANG!”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Suzy meringkuk dalam biliknya. Badannya menggeletar. Riak mukanya jelas menampakkan dia dalam ketakutan. Suzy hanya berharap apa yang berlaku sebentar tadi hanyalah suatu mimpi buruk yang dialaminya. Tak mungkin dia buat begitu pada Fairuz, kekasih hatinya itu.

Tiba-tiba, skrin telefon bimbitnya menyala menandakan mesej masuk. Suzy mencapai telefon bimbitnya. Dia terkejut pengirim mesej terseut adalah Fairuz sendiri.

I’m waiting at the rooftop Bangunan Kejuruteraan Mekanikal - Fairuz

Dia bergegas ke atas bangunan Kejuruteraan Mekanikal di universiti itu. Tak mungkin Fairuz yang mati boleh hidup semula. Peluh sejuk menyelubungi dirinya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 


Setelah sampai di atas bangunan Kejuruteraan Mekanikal itu, dia melihat satu beg biru besar di atas bangku. Dengan perasaan gemuruh, dia berjalan ke arah beg itu. Tiba-tiba, satu suara kedengaran di belakangnya.

“Kau dah pergi ke hospital? Dia seorang doktor yang bagus”

“Mira! Err, aku tak pergi pun”

“Kenapa?

“Aku takkan pergi ke hospital yang kau cadangkan itu!”

“Kau tipu kan? Hanya disebabkan itu kan? Kau hanya buat cerita yang kau mengandungkan anak Fairuz semata-mata untuk merampas Fairuz dari aku kan?”

“Kau salah!”
“Kenapa pula aku yang salah?”

“ Aku memang benar-benar…”

“Kalau benar, kau mesti dah tunjukkan anak yang ada dalam perut kau tu kan? Kau takkan mudah melahirkan anak itu. Sebab aku teman wanita Fairuz. Betul tak?”

“Aku juga teman wanita dia. Aku ingin menjadi teman wanita Fairuz! Hanya kerana itu, aku biarkan Fairuz buat apa sahaja dengan aku. Tapi kenapa jadi begini?”. Bentak Suzy.

“Kalau ianya berkaitan dengan Fairuz…Fairuz ada di situ. Kenapa tak tanya dia sendiri?” Kata Mira sambil menunjuk ke arah beg biru.

Suzy memandang beg biru di sisinya. Dia membuka zip beg tersebut. Terkejut dengan apa yang dia saksikan, dia muntah. Tekaknya loya dengan bau darah. Badan Fairuz telah dikerat satu persatu. Badan telah diasingkan dengan kaki dan tangan. Terlalu mengerikan!

“Mari kita lihat, adakah kau berkata benar.”

Mira berlari ke arah Suzy. Menikam perut Suzy. Darah memancut keluar  dari perut Suzy. Suzy jatuh ke belakang. Dia mati. Mira membelah perut Suzy. Tangannya menyeluk ke dalam perut Suzy. Dikeluarkan satu persatu organ dalaman Suzy. Usus, buah pinggang, perut. Dia hanya tersenyum.

“Seperti yang aku jangkakan. Kau tipu, Suzy. Kau tak mengandung pun. Tak ada apa pun dalam perut kau”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Mira terbaring dalam biliknya. Dia hanya senyum. Senyum puas. Suzy tidak menjadi halangannya untuk bersama dengan Fairuz. Suzy telah tiada.

“Abang, akhirnya kita dapat bersama untuk selama-lamanya. Tiada sesiapa pun dapat mengacau kita lagi.”

Mira mencium bibir pucat Fairuz. Kepala Fairuz dipeluk erat Mira. Hanya kepala yang tinggal dengannya. Hanya kepala sahaja…


TAMAT

P/S : Apa pendapat korang dengan cerpen ini? Ok tak?

Mira Dikhianati Cintanya. Fairuz Dilemma Antara Dua. Suzy Yang Dambakan Cinta. PART III

#Klik di sini, untuk baca PART I dan PART II.

“Dammit!”

Fairuz membaling buku ke arah dinding. Fikirannya kusut memikirkan hal Suzy. Dia teringat akan peristiwa di klinik pagi tadi.

“Tahniah, isteri encik mengandung”

“Terima kasih. Dah berapa lama dia mengandung?”. Muka Fairuz kelat.

“Dah dua bulan. Dia muntah tadi sebab morning sickness. Badan isteri encik masih lemah, jadi dia akan direhatkan sebentar ye”

“Owh, begitu rupanya.  Kandungannya macam mana?”

“Kandungannya tak ada masalah. Encik jangan risau ye.  2-3 bulan ni memang dia akan selalu muntah-muntah.  Nanti saya akan berikan ubatkan supaya dia akan lega sedikit.”

Fairuz menatap wajah pucat Suzy.

“Kenapalah kau mengandung, Suzy? Kau dah musnahkan segala impian aku. Harapan aku untuk bersama Mira sudah tiada lagi. Kenapa kau tak mahu gugurkan kandungan itu? Kau sungguh degil!”bisik hati Fairuz.

Mahu sahaja dia menghentak perut Suzy supaya kandungan tersebut gugur. Biar padan muka Suzy. Dia tetap tak mahu berkahwin dengan Suzy. Dia hanya mahukan Mira. Hanya Mira untuknya. Hanya Mira yang menjadi permaisuri di mahligai dia. Tiada yang lain. Namun, Suzy hadir menghancurkan segalanya.

“Aku tak mahu jumpa Suzy lagi selepas ni. Takkan jumpa dia lagi dah.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Fairuz keluar ke taman. Daripada berfikir tentang Suzy, lebih baik dia meghirup udara segar di taman. Dapat juga melihat pemandangan indah. Tak perlulah nak kusutkan fikiran mengenai Suzy dan kandungannya. Malas nak memikirkan semuanya.

Tiba-tiba, dia terlihat kelibat Mira di hadapannya. Lemah longlai, tak bermaya. Mira nampak kurus. Pipinya yang gebu kian cengkung. Rambutnya sedikit kusut. Badannya juga susut. Namun, masih lagi cantik di mata Fairuz.

“Mira?”

“Abang? Akhirnya, Abang datang juga.” Senyuman pucat dilemparkan kepada Fairuz.

“Tunggu? Err, Sayang, apa telah Sayang buat sampai jadi macam ini?” Dibelainya rambut panjang Mira. Rasa kesal menyelubungi diri Fairuz.

“Saya tunggu Abang. Saya selalu tunggu Abang di sini.”

“Mira?”. Pandangan Mira menakutkannya. Mata bengkak Mira terlalu menakutkannya.

“Saya perlu belajar memasak untuk Abang.  Menyokong Abang tak kira apa pun.  Saya perlu banyak berlatih lagi. Saya perlu sentiasa di sisi Abang supaya Abang tak kesunyian lagi. Saya nak jadi teman wanita Abang yang takkan memalukan Abang lagi.”

“Mira? Jangan takutkan Abang  lagi, Sayang”

“Hanya untuk Abang. Segalanya untuk Abang. Hehe”

“Mira!” Fairuz menggoncangkan badan Mira. Terkejut dengan kata-kata Mira. Mira tidak pernah begini.

“Saya hanya nak jadi yang terbaik untuk Abang. Saya nak jadi yang berguna untuk Abang.”

“Jangan begini , Mira. Apa yang telah terjadi kat Sayang ni?”

“Saya hanya nak bersama dengan Abang sahaja. Saya percayakan Abang.”

“Please, stop it!”

“Sebab, saya kan teman wanita Abang. Saya nak sempurna di mata Abang. Haha”

“Mira, sudahlah Sayang. Hentikanlah semua ini.” Fairuz memegang tangan Mira sambil mengucupnya. Dadanya menahan sebak.

“Saya cintakan Abang Fairuz seorang sahaja. Saya benar-benar cintakan Abang seorang sahaja.”

“Kenapa Mira mahukan Abang? Kenapa Sayang? Abang… Abang tak pernah tahu. Abang minta maaf, Sayang. Mira, Abang sebenarnya…..” Fairuz tak dapat meluahkan kata-kata lagi. Sebak yang ditahan, dilepaskan jua. Air matanya mengalir.

“Jangan risau. Mira sayangkan Abang. Mira percayakan Abang”.

Fairuz memeluk Mira. Diciumnya ubun-ubun rambut Mira. Dia terlalu rindukan Mira. Wajah Mira ditatapnya. Mira menyeka air mata Fairuz. Dia memberikan senyuman yang dirindui Fairuz selama ini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Suzy membelai perutnya. Seronok tak terkira mengenangkan peristiwa pagi tadi. Doktor mengucapkan tahniah kepadanya dan berkata suaminya menunggu di luar bilik pesakit. Bertambah gembira apabila melihat Fairuz yang menunggunya. Ingin sahaja dia ulangi kenangan indah itu.

Suzy menelefon Fairuz.

“Hye awak. Jom kita dinner. Tempat macam biasa tau.”

“Saya tak boleh datang sekarang!”. Mira di sebelahnya bingung melihat keadaan Fairuz.

“Why not? Awak tak faham apa-apa pun kan? Saya nak kita makan bersama”

“Saya kata, tak boleh, tak bolehlah. Awak faham tak!”

“Awak risau sebab saya tak cantik ke?”

“That’s not it”

“Then, why?”

“Sebab saya ada kerja yang perlu saya siapkan. Saya tak boleh tinggalkan macam tu sahaja.”

“Lie! You lie! Fairuz, awak jumpa siapa ni?”

“Saya tak jumpa sesiapa pun”

“Berani awak tipu saya”

“Tak tipu pun. Saya dah banyak masalah ini. Awak yang tak faham”

“That’s why I’m telling you to explain. Awak ada kat mana ni? I’m begging you, kita jumpa ye? Awak memang tak faham apa-apa pun kan? Inside me is your baby”

“Mira tak pernah cakap macam itu pun”

“Apa? Kenapa tiba-tiba sebut tentang Mira ni? Fairuz…Hey, don’t tell me…Mira is with you now? Fairuz?”

“Kenapalah awak mengandung, Suzy? Kenapa awak cakap pada semua orang tiba-tiba? Why you told me so suddenly? Saya tak tahu nak buat apa-apa pun.”

“Fairuz, tunggu sekejap”

“Sudahlah!”. Fairuz meletak telefon.

Beep…beep…beep.

Suzy marah, meraung kerana mendengar Fairuz menyebut nama Mira sebentar tadi. Mira lagi? Dia harus ke rumah sewa Fairuz dengan segera. 

Bersambung...

Mira Dikhianati Cintanya. Fairuz Dilemma Antara Dua. Suzy Yang Dambakan Cinta. PART II

#Sila baca entri INI sebelum baca sambungannya.



Suzy terbaring di atas katil. Meringkuk. Dia mulai rasa bersalah atas kesalahannya merampas Fairuz daripada Mira. Walaupun hatinya puas kerana dapat meluahkan kata-kata kesat ke atas Mira, dia tetap rasa menyesal. Menyesal melukakan hati kawan baiknya sendiri. Dia terkenang kembali akan perbualannya dengan Fairuz pada minggu lepas.

“Apa yang kita buat ini adalah suatu kesilapan”

“Tipu! Tipu! Tipu! Ini semua tidak benar! Sanggup awak kata macam tu kat saya. Saya ini tak baik ke? Awak jelah yang saya ada, Fairuz. Hanya awak je yang saya ada sekarang ini. Tolonglah Fairuz”

Suzy menekup mukanya. Berkali-kali dia memujuk Fairuz tetapi Fairuz tetap dengan pendiriannya. Tak mahu bersamanya lagi.

Suzy melihat telefon bimbitnya. Melihat mesej lama kiriman Fairuz.

“Saya nak jumpa awak”
“I don’t want to hold back any longer”
“You’re the one I want, Suzy”

Suzy menangis….

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Mira menelefon Fairuz. Hanya peti suara yang menjawab. Mira menelefon lagi, tak puas hati selagi Fairuz tidak menjawab.  Tapi, hanya peti suara yang mengangkat telefonnya.  Mira rungsing.

Kenapa Fairuz tidak mahu berdepan dengannya, bercakap benar tentang hubungannya dengan Suzy? Kenapa dia tidak berterus terang sehingga kini? Ke mana lelaki ini menghilang? Pengecutkah dia?

Mira hanya mahukan kebenaran. Dia tidak mahu buntu tanpa sebarang jawapan.

Sudah seminggu sejak pertemuan antara dia dan Suzy. Mira termenung jauh. Raut wajahnya kelihatan sedikit cengkung. Matanya bengkak. Langsung tidak menampakkan keceriaan. Mahu lihat senyumannya juga amat payah. Dalam fikirannya hanyalah Fairuz, Suzy dan kandungan Suzy. Kusut bila difikirkan semua itu.

Kini, Fairuz menghilang tanpa khabar berita. Tiada mesej mahupun panggilan telefon dari dia. Dicarinya Fairuz di kolej.  Mira bertanya pada kawan-kawan yang dikenalinya, tetapi dia hampa. Fairuz sudah beberapa hari tidak datang kelas.

Mungkin Fairuz tak mahu pedulikan dia lagi. Agaknya Fairuz memang tengah berseronok dengan Suzy sekarang ini. Dia merasakan selama ini telah mengacau hubungan mereka berdua. Mira kecewa. Dia terlalu bodoh kerana percayakan kata-kata manis dari Fairuz.

“Abang, di manakah Abang selama ini? Saya hanya mahukan penjelasan dari Abang sahaja. Janganlah diam diri begitu sahaja”

Mira menangis...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Fairuz kembali ke kelas seperti biasa. Lega kerana Suzy tidak mencarinya sepanjang kehilangannya.  Mulutnya bersiul riang. Di kepalanya hanyalah teringatkan Mira. Dia berharap Mira memaafkan dia kerana menutup telefon bimbitnya.  Beberapa mesej dari Mira naik di skrin telefon bimbitnya. Fairuz senyum. Ingin sekali dia menemui Mira, membelai rambut Mira, mengucup tangan Mra. Ah…dia terlalu merindui Mira.

Sedang dia berjalan ke kelas, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. Suzy!

“We need to talk. It is ok? Perkara ini sangat penting. Saya nak kita berkahwin. Anak kita perlukan seorang bapa”

“Suzy, janganlah main-main”

“How can I possible lie or joke something like this? Saya tak pernah buat dengan lelaki lain selain awak, Fairuz. Hanya dengan awak sahaja, Fairuz!

Orang sekeliling melihat mereka berdua. Terkejut dengan suara tinggi Suzy.

“So, are you saying its mine?”

“Dah tentulah bukan lelaki lain selain awak, Fairuz.”

“Tapi kita masih lagi pelajar”

“Itu betul, tapi…”

“Takkan tak ada cara lain selain itu?”

“That’s what I wanted to talk to you about! Ini anak awak yang saya kandungkan, Fairuz. Think seriously, godammit!

Tekak Suzy terasa loya. Tak dapat ditahannya, dia muntah hadapan Fairuz. Fairuz panic Suzy pengsan di hadapannya. Dia dukung Suzy ke klinik berhampiran.

Mira kaget dengan kejadian itu. Sudah sahlah yang Suzy memang mengandungkan anak Fairuz. Terdengar cakap-cakap sekeliling dia.

“Eh, itu bukan ke pelajar popular dari kelas Kejuruteraan Mekanikal? Tak sangka dia buat perkara macam tu”
“Memalukan je sekelas dengan dia”
“Bukan ke dia tu boyfriend Mira? Dia dah putus dengan Mira ke”
“ Playboy rupanya Fairuz ni”

Mira berlalu pergi. Air matanya tak henti mengalir. Tak sempat dia bertemu dengan Fairuz. Hatinya remuk.

Bersambung...

Mira Dikhianati Cintanya. Fairuz Dilemma Antara Dua. Suzy Yang Dambakan Cinta.


“ Abang sayangkan Mira tak?”
“ Mestilah sayang. Mira kan cinta hati Abang.”
“ Jangan duakan Mira tau. Kalau Mira dapat tahu Abang duakan Mira, naya Mira kerjakan Abang”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

4 bulan selepas itu.

“Awak, perut saya akan makin membesar. Janganlah lari macam ini! Bertanggung jawab atas apa yang awak lakukan.”

Fairuz buntu. Rungsing dia memikirkan Suzy yang telah mengandung. Hasil hubungan mereka berdua.  Bagi Suzy, anak itu hasil cinta mereka berdua.

“Gugurkan sahaja anak itu. Entah-entah bukan anak aku. Kau mesti ada buat dengan lelaki lain kan?”

Terkejut akan hal itu, Suzy menangis sekuat hatinya. Hatinya luluh bagaikan kaca yang berderai seribu.

“Apa?? Inilah cinta kita berdua, awk. Takkan nak gugurkan begitu sahaja.”

“Kau gila! Cinta konon. Aku hanya cintakan Mira. Mira lebih baik dari kau. Aku takkan bertanggungjawab akan perut kau tu.  Anak kau, kau jagalah sendiri!”

“Sanggup awak! Kenapa Mira, bukan saya?“

“Mira lebih cantik dan tak bodoh macam kau. Dia tak bodoh untuk serahkan badan secara percuma kat mana-mana jantan.”

Suzy tekad untuk berjumpa dengan Mira. Geram! Mengapa dia masih tidah dipilih Fairuz walaupun sudah mengandungkan anaknya. Kenapa semuanya Mira?  Mira itu, Mira ini. Miralah yang terbaik. Miralah yang tercantik. Miralah yang paling indah.

“Arrggghhh, persetankan itu semua. Mira bukannya cantik mana pun. Setakat berbaju kurung je. Aku yang seksi ini, Fairuz langsung tak pandang?  Apa kurangnya aku? Aku berkulit putih gebu, badan berbentuk gitar, wajah seiras Fasha Sandha. Aku akan rampas Fairuz dari Mira. ”

Suzy telah mencintai Fairuz dalam diam sejak tahun pertama universiti lagi. Malangnya, Fairuz hanya memandang Mira. Suzy cuba sedaya upaya memikat Fairuz sehinggalah Fairuz jatuh ke dalam pelukkannya. Fairuz tergoda akan kasih sayang Suzy yang tak pernah diberi oleh Mira. Fairuz ketagih, melihat indahnya badan wanita melalui Suzy. Ternyata, imannya amat lemah ketika bersama Suzy.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“Kau jangan dekati Fairuz lagi. Fairuz hak aku. Hak milik kekal aku.”

“Tapi, kenapa Suzy? Sanggup kau khianati persahabatan kita. Aku tahu kau bukan begini orangnya. Kau baik. Fairuz juga takkan khianati cinta aku. Dia sudah berjanji takkan pernah menduakan aku”

Sedu-sedan kedengaran. Air mata Mira mengalir. Sebak yang ditahan, akhirnya lepas jua.

“Aku hanya rapat dengan kau kerana aku inginkan Fairuz. Aku cintakan Fairuz sejak mula lagi. Dan aku tahu, Fairuz juga sangat mencintai aku. Hasil percintaan kami ada dalam perut aku. Dan perut ini akan membesar tidak lama lagi. HAHAHA”

“Aku tak percaya!”


“Tak percaya jugak? Bodohnya kau. Aku ada buktinya. Video ini Fairuz yang rakam.  Tak sangka aku, Fairuz ini memang hebat di ranjang. Kau lihatlah badannya yang sasa. Mira, kan aku dah cakap. Fairuz takkan pandang perempuan macam kau ini. Cinta? Dia hanya dahagakan cinta dari aku.

Mira kaku. Lemah tak berdaya. Hatinya telah timbul satu dendam. Dia takkan biarkan Fairuz dan Suzy bahagia. Takkan sesekali hubungan cinta mereka berjaya. 


Bersambung....

P/S : Saspen tak? 

Drama Nora Elena Menjadi Kegilaan

Ada apa dengan drama Nora Elena ni? Ramai yang menantikan drama ini setiap petang untuk ditonton. Aku pun tak terkecuali. Sangat teruja melihat semua watak dalam novel menjadi watak nyata, realiti. Yang pastinya, peminat novel takkan ketinggalan menonton drama ini. 



Drama ini diadaptasikan dari novel Kasih Yang Suci. Novel yang sudah dicetak sebanyak 10 kali. Hebat kan? Sejak drama ini ditayangkan, makin banyak permintaan untuk novel ini. Aku pun tak terkecuali, gara-gara drama ini jugaklah. Merata-rata mencari novel ini. Kebanyakan kedai dah kehabisan. 


Sinopsis Kasih Yang Suci
Nora Elena ialah kisah seorang  gadis  yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. 

Yang pasti, ramai yang suka akan watak Seth. Dia sangat penyayang dan romantik. Terlalu sayangkan Nora sampaikan tak mahu Nora buat apa-apa kerja sekalipun. Mesti ramai yang cair melihat watak Seth dan Nora. 
Drama ini juga menampilkan lagu-lagu yang best. Antaranya, Dan Bila Esok, Berubah, Bila Hati Mencintai, Terhenti Di Sini dan Sesuatu Yang Berbeza. Lagu yang paling aku minat, Terhenti Di Sini dari Asfan. Asyik mainkan lagu ini banyak kali. Jatuh cinta dengan liriknya.
Jangan lupa saksikan Drama Nora Elena setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ye.
P/S : Aku dambakan suami penyayang seperti Seth. Masih ada lagi tak lelaki seperti itu?

Aku Terlambat Nak Review Nur Kasih The Movie


Jumaat lepas, aku tonton filem Nur Kasih The Movie dengan adik-adik dan emak. Tak sangka, ramai yang datang menonton sehingga panggung wayang pada hari tu adalah FULL HOUSE. Tahniah! Kerana filem ini banyak menarik minat peminat drama Nur Kasih ke panggung wayang. Sememangnya, yang ramai menonton adalah pasangan bercinta, mak cik-mak cik dan ada juga yang hadir dengan keluarga.


Rasanya aku ulang tonton drama Nur Kasih dalam lebih 5 kali kot. Antara drama best yang pernah aku tonton. Aku akui aku banyak menangis semasa menonton drama ini. Tapi, bagaimanakah pula dengan filemnya? Dapat memberi impak yang sama seperti dramanya?

Komen Positif :
- Sinematografi yang cantik dan kemas. Pemandangan sangat indah terutamanya di Jordan. Aku kagum!
- Pakaian mereka, menggambarkan mood mereka pada masa itu. Warna juga memainkan peranan. Kalau sedih, gelaplah warnanya.
- Plot yang tak buat aku menguap dan mengantuk. Sentiasa ternanti-nanti babak seterusnya
- Emosi pelakon dapat disampaikan kepada penonton. Sebab penonton pun turut menangis ketika menonton
- Suka melihat watak mereka menjadi tua. Dramatik di situ
- Tarikan Mia Sara dan Ilyas. Mereka berdua pun pandai menjiwai watak masing-masing. Apatah lagi, mereka ini sangat comel!
- Banyak menggunakan teknik imbas kembali dan maksud tersirat. Masih lagi kemas. Aku suka sebab membuatkan penonton terfikir apa yang terjadi.

Komen Negatif : 
- CGI yang tak cantik terutamanya masa babak keretapi meletup. Badan orang yang terbakar pun nampak kelakar
- Ada kalanya jalan ceritanya over. Seperti sengaja nak menambah perencah pada filem itu

Aku ingat, aku tak nak menangis bila nak tonton. Tak sangka, aku rasa aku banyak menangis terutamanya babak Aidil terasa kehilangan Alia, babak emak Adam melihat Adam sakit, babak Nur Amina yang nyanyuk dan tua. Terharu melihat Aidil masih jaga Nur Amina walaupun dia sudah nyanyuk. Waaa, nak tisu, aku dah banyak menangis ni.

P/S : Ingin menjadi watak Nur Amina dalam filem itu. Tapi bukan Nur Amina dalam realiti. Aku masih berusaha menjadi sebaik dia^^

Kau Laksana Bulan. Aku Pula Umpama??

Kau Laksana Bulan

Aku yang sungguh out dated. Noob~ Baru nak tonton drama Kau Laksana Bulan kat TV2. Yang aku tengok ni pun siaran ulangan. Yang bestnya drama ni, ianya diadaptasi dari novel yang bertajuk sama, Kau Laksana Bulan oleh Aina Amir. Walawei, aku suka jalan ceritanya. Tak ada langsung unsur korporat, cliche' atau yang memberatkan. Watak utamanya, Ayu Raudhah pun bertudung. Cute sangat2. Suka~

Drama ni hanya ada 13 episod. Drama ini mengetengahkan Ayu Raudhah sebagai watak utama di samping aktor Zulhuzaimy, Fizo Omar, Ashraff Muslim, Bienda, Dian P. Ramlee dan Fathil Dani.

SINOPSIS DRAMA KAU LAKSANA BULAN (budiey.com)
Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan (lakonan Ayu Raudhah), gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Putra Malaysia.

Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah (lakonan Dian P. Ramlee) tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.

Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.

Kau Laksana Bulan

Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali (lakonan Zulhuzaimy)di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.

Kau Laksana Bulan

Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik (lakonan Fizo Omar), seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna.

Kau Laksana Bulan

Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Syafik.

Razif (lakonan Ashraf Muslim) merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.

Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif. Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan ‘wanita’ Adrianna.

Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan berasa hampa. Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya, perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang dianggapkan sebagai tidak serius.

Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Kau Laksana Bulan

Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.

Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul? Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.

Kau Laksana Bulan

NOVEL KAU LAKSANA BULAN

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"

Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita! Kau Laksana Bulan dijadikan siri drama dan novel itu telah diulangcetak sebanyak lima belas kali sejak ia diterbitkan dua tahun lalu.

P/S : Kalaulah novel Ramlee Awang Mursyid pun diadaptasi ke drama jugak, mesti hebat kan!
P/S : Cerita ni ada berkait rapat dengan dunia aku. Terasa yang aku adalah watak Adrianna. Ngee~
P/S : Nama panggilan Adrianna adalah Ana. Wow, nama panggilan aku tu!
P/S : Nak ada bf macam Fizo gak. Segak sungguh..Kih kih kih...^^

Mei-Chan no Shitsuji



Yattaaa!!! Berjaya gak habiskan drama ni dalam masa 6 hari!!! Ooopsss,bukan anime ye... Yang ni adalah drama yang diadaptasi daripada manga...Lambat sikit nak menonton drama ni. Bukan sebab tak best, tapi sebab tak ada masa nk tengok.=.= Sejak duduk kat rumah ni, aku yang uruskan hal-hal kat rumah. Jadi, masa untuk diri sendiri agak kurang. Sekurang-kurangnya aku cuba gak tengok drama ni. Terima kasih kat Hafiz sebab sudi pinjamkan CD kat aku nk tengok...^^...Yang paling penting drama ini, dilakonkan oleh pelakon kegemaran aku, Hiro Mizushima!!! Suka sangat kat dia!!! Ok, biar aku ceritakan sedikit sebanyak tentang Mei-Chan no Shitsuji ni...

Tajuk : メイちゃんの執事
Tajuk (romaji): Mei-chan no Shitsuji
Juga dikenali sebagai : Mei-chan's Butler
Genre: Romantik, Komedi
Episode : 10
Rating penonton : 14.0 (Kanto)
Disiarkan pada : 2009-Jan-13 to 2009-Mar-17
Lagu tema : My SunShine dari ROCK`A´TRENCH


Sinopsis
Drama ini bermula apabila gadis muda yang bernama Mei yang telah kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Rihito, si "butler" telah memujuk Mei untuk memasuki St Lucia Girls Academy (sekolah perempuan untuk anak-anak orang kaya). Sejak itu, kehidupan Mei telah pun berubah. Sekarang, barulah dia sedar bahawa dia adalah bakal pewaris keluarga Hongo. Disebabkan dia adalah bakal pewaris, maka dia telah dipaksa untuk belajar di akademi tersebut di mana semua pelajarnya mempunyai butler! 

Watak





Nana Eikura sebagai Mei Shinonome
- Berumur 19 tahun
- Bakal pewaris harta Hongo milik atuknya
- Telah kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan ngeri
- Bersekolah di St Lucia's Girl Academy setelah dipaksa oleh atuk dan butlernya, Rihito
- Mengalami kesukaran ketika tinggal di akademi tersebut kerana tidak biasa dengan kehidupan sebagai orang kaya
- Tinggal di Dorm Ombra bersama butlernya (dorm untuk pelajar yang mula-mula memasuki akademi tersebut)
- Jatuh cinta dengan butlernya, Rihito



Mizushima Hiro sebagai Shibata Rihito
- Butler kepada Mei
- Keturunannya adalah menjadi butler kepada keturunan Hongo
- Butler rank S (Butler paling bagus!)
- Sanggup buat apa sahaja demi tuannya
- Diminati oleh ramai pelajar St Lucia's Girl Academy terutamanya Lucia aka Hongo Shiori
- Pernah menjadi butler kepada Hongo Shiori
- Abang kepada Mame Shiba aka Shibata Kento
- Mencintai Mei setelah rapat dengannya


Sato Takeru sebagai Shibata Kento 
- Childhood friend kepada Mei
- Adik kepada Rihito
- Mencintai Mei setelah sekian lama
- Sanggup menjadi butler supaya dia dapat berada di samping Mei
- Menjadi butler pelatih kepada Kayama Rika


Ini antara pelakon-pelakonnya...
Semua pelajar ada butlernya sendiri...

Hubungan antara watak-watak
Kalaulah ada butler macam ni gak...hehe
Dahlah smart, cool dan pandai masak!

Dua mamat Kamen Rider dalam satu drama!!!
Aku pun tak dapat bayangkan Ryoutaro yang lembik boleh jadi butler!

Tengoklah...betapa rapatnya mereka...
Aku pulak yang cemburu kat sini...

P/S : Lagu tema drama ni memang best sangat-sangat! My Sunshine dari band ROCK`A´TRENCH. Cuba hayati liriknya, boleh tujukan untuk kekasih hati...Aku yakin sangat, semua perempuan yang tengok drama ni pasti nak ada butlernya sendiri, percayalah!!! Ngee...^^

Kurosagi

Hari ini, aku dah habis tonton drama Kurosagi...Akhirnya dapat juga cerita ni dari kawan..
Terima kasih kat Muhammad Afiq Zulkefley...Arigatou^^...
Erm, pada pendapat aku, genre cerita macam ini susah nak cari...Genre SUSPENS...
Memang sangat best cerita ni...daripada 10 bintang, aku bagi 8 bintang...Sangat best...
Dahlah pelakon yang diminati pula yang berlakon...YAMAPI dan HORIKITA MAKI!!!!
Aku rasa ini lakonan terbaik daripada Yamapi, dia sangat cool!!!
Dalam masa 3 hari aku habiskan tengok cerita ni...Rasa cepat je...Sebab tak sabar nak tengok episod seterusnya...Sentiasa teruja nak tahu apa yang akan terjadi pada dia...
Tapi, cerita ini dah lama baru aku nak tengok...huhu...Baru dapat peluang lorh...


The Black Swindler (クロサギ Kurosagi) adalah manga Jepun yang ditulis oleh Takeshi Natsuhara dan ilustrasikan oleh Korumaru. Siri ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Kurosaki yang menipu penipu profesional yang dikenali sebagai Shirosagi (penipu yang menipu dengan wang) dan Akasagi (menipu wang dengan memainkan perasaan orang lain). Manga ini menang Shogakukan Manga Award pada tahun 2008.


Manga ini diadaptasikan kepada drama TV dengan tajuk yang sama dari 14 April 2006 hingga 23 June 2006. Drama Kurosagi ini mempunyai 11 episod. Pada 8 Mac 2008, Filem Kurosagi ditayangkan.

Watak-watak


Kurosaki/Kurosagi oleh Yamapi (Tomohisa Yamashita)
- Berumur 21 tahun
- Dikenali sebagai Kurosagi kerana hanya target Shirosagi yang  profesional dengan cara menipu mereka dan menggunakan duit yang ditipu untuk diserahkan semula kepada mangsa. 
- Jatuh cinta dengan Yoshikawa Tsurara (tapi tak nak mengaku...Ish3)

Yoshikawa Tsurara oleh Horikita Maki
- Pelajar jurusan undang-undang
- Tidak suka Kurosaki meneruskan kerjanya sebagai seorang penipu tapi jatuh cinta pada Kurosaki (dia je mengaku dia suka Kurosaki)
- Jiran Kurosaki merangkap penyewa apartment Kurosaki

Mishima Yukari oleh Ichikawa Yui

- Jatuh cinta pada Kurosaki juga (kiranya cinta 3 segilah)
- Suka menyibuk dalam apa-apa hal tentang Kurosaki (Really annoying!!!)
- Pelajar 1 universiti yang sama dengan Tsurara

Katsuragi Toshio oleh Yamazaki Tsutomu



- Pemberi maklumat pada Kurosaki untuk terus menipu orang lain.
- Merangkap Big Boss pada Kurosaki
- Dia juga pernah menipu ayah Kurosaki sampai bangkrap (menyebabkan ayah Kurosaki mengambil tindakan untuk membunuh isteri dan anak perempuannya)

Hayasa oleh Okunuki Kaoru
- Pembantu kepada Katsuragi
- Anak kepada rakan Katsuragi
- Sangat cantik!!!
- Menjaga kebajikan Katsuragi (jaga makan minum, kesihatan Katsuragi)

Cerita ini juga pernah mendapat anugerah menerusi Best Supporting Actress oleh Horikita Maki di anugerah Television Drama Academy Awards yang ke-49.

Video opening Kurosagi sangat best...
Lagu Daite Senorita-Yamapi



Wajah-wajah masa dia menjalankan tugas sebagai swindle



Ada buat action figure tau!!!


Poster drama Kurosaki


P/S : Aku dah lama ada Kurosaki The Movie barulah dapat drama bersiri cerita ini...Patutlah aku tak faham jalan cerita filem dia..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...