Balik je dari sekolah, aku terus terjah komputer. Tangan menggigil-gigil nak berlawan dengan clan Dragon, Serpent, dan Wolf. Semestinya aku adalah clan Lotus. Clan kegemaran aku. Bagi aku, walaupun mereka pelik, tapi kuasa mereka sangat hebat. Bina kampung sehingga teguh dan kuat. Bina askar yang kuat-kuat supaya dapat pertahankan kampung tersebut. Dan semestinya askar-askar clan Lotus di"train" sehingga ke tahap tertinggi, iaitu Zymeth. Bagaikan satu kepuasan untuk aku mengalahkan semua clan. Aku berjaya pertahankan kampung aku daripada musnah. Sudah menjadi satu tabiat untuk aku bermain game ni sebelum membuat kerja sekolah, ketagih punya pasal.
Battle Realms, game RPG pertama yang aku kenal 6 tahun lepas. Game ini, aku kenal semasa aku di Tingkatan 4. Sebelum ni, aku hanya kenal game Doom, game menembak hantu sampai aku nak muntah sebab pening dengan jalan. Aku juga kenal dengan game Need For Speed Underground yang pelbagai siri. Best! Sebab dapat memandu kereta dengan laju tanpa saman. Cara ini sangat halal. Tak perlu berlumba haram di jalan raya.
Kampung Clan Lotus
Yup, aku akui, aku bukanlah kaki gamers seperti kawan-kawan lelaki aku. Masa zaman sekolah, game seperti Ragnarok Online sememangnya menjadi perbualan hangat di kalangan kawan-kawan lelaki aku. Aku terdiam, geram. Kerana tak dapat bermain game itu. Tak ada sesiapa yang nak ajar aku.
Sekarang, dah macam-macam game yang aku kenal. DOTA salah satunya. Malangnya game ni, aku tak reti jugak sebab tiada sesiapa yang ajar aku. Ada sesiapa boleh tolong tak? Aku juga perlukan installer game DOTA ni. Aku nak tahu kenapa ramai yang main game ni. Ketagih untuk mengetahui segalanya.
Teringat lagi quote kegemaran aku dalam game Battle Realms. Fast like Fire! Ni quote dari Alchemist, clan Dragon. Selalu tergelak bila Alchemist cakap ni bila berhadapan dengan musuh.
P/S : Masih mencari game Battle Realms walaupun tak ada keluarannya sekarang. Aku terlampau merindui game ini.



