Showing posts with label artwork aku. Show all posts
Showing posts with label artwork aku. Show all posts

Split Personality


2 jam bersengkang mata nak buat imej ni
Ternyata aku masih baru dalam manipulasi gambar
Berusaha lagi di masa akan datang, ganbatenne!

Kiri : Diri aku macam zombie
Kanan : Diri aku yang pakai mekap (padahal tak pakai mekap pun)

Amacam? Ok tak?

Siapa Mahu Kartunkan Muka?

#STICKY POST!

Hye semua! Sekadar nak buat survey, ada tak yang mahu kartunkan muka? Maksud aku, menjadikan wajah seperti vector image. Contohnya seperti di bawah :

Ini adalah imej asal - Hiro Mizushima

Wajah akan dikartunkan seperti ini
Setakat ini, aku hanya gunakan sama ada Flash atau Illustrator

Ini adalah salah satu contoh. Cun bukan?

Kalau ada yang berminat,  boleh e-mailkan gambar di halusinasi90@gmail.com
RM20 sahaja..

Jangan lupa berikan detail seperti 
Nama :
No Tel :
Nak buat dalam bentuk sama ada kad ucapan, gambar atau poskad

Nak Tukar Header Atau Tidak?

Ini adalah Header asal

Ini adalah Header yang baru buat
Letak gambar Anime je. Lepas tu touch up mana yang perlu.
Ada 2 contoh Header.

Aku perlu tukar atau header asal pun dah ok?

Siapakah Yang Cilok Header Yang Cun ni? Aku Marah Ni Weh!

Deeemmm! Dahlah tak ada mutual friend
Tahu2 dia cilok header blog ni wat jadi profile pic dia
Weh, aku nak je PM dia ni, tapi tak boleh nak send message
Kalau nak cilok pun, minta izin dengan gua dulu la

Kepada pembaca yang nak cilok apa2 kat blog ni, minta izin dulu tau
Aku tak kisah kalau korang baik dengan aku
Tapi, berpada-pada lah jugak

Kepada Chena Gatdula, harap kamu perjelaskan kenapa kamu cilok header aku tu
Aku takkan approve friend request selagi kamu tak perjelaskan
Harap faham di situ

P/S : Aku tengah tonton Tegami Bachi ni. Harap dapat buat review anime secepat yang mungkin^^

Muka Aku Setelah Dirasuk Photoshop

Setelah blur beberapa hari, aku telah mendapat idea untuk memanipulasikan muka aku yang sedia tak cantik kepada lebih cantik + ganas. Dengan menggunakan Photoshop CS3, aku berjaya memanipulasikan gambar aku yang serba tak lawa ni kepada muka yang sangat2 lawa

Gambar asal^^

Aku touch pipi bagi lagi gebu 5 inci, mata pakai contact lens, pakai shawl ala2 Hana Tajima, kasi blusher sana sini. Bibir juga tidak dilupakan, lip gloss lebih berkilau dari biasa.
.
.
.
.
.
.
.
HENSHIN!!!
.
.
.
.

Gambar selepas! 
Hahaha, macam mana? Cun kan?
Aku rasa lebih lawa dari biasa
Aku yakin, lepas aku mekap macam ni gerenti + warantty takkan ada sesiapa yang berani nak kacau aku dah^^


P/S : Jangan pula tak tidur malam sebab teringatkan aku. Aku tahu korang rindukan gambar aku, sebab tu tak mahu tidur kan? Hik Hik Hik

Aku Fail Kalau Bab-Bab Melukis Ni

Belek2 folder gambar2 lama, ternampak artwork lama aku. Mengimbau kenangan semasa semester 1, subjek mengenai lukisan. Sekali kena lukis potrait dengan menggunakan pen. Fuhh, makin pening. Sebab kalau salah, gerenti tak boleh patah balik (undo). Hehe...^^

Anuar Zain sebelum aku potraitkan

Selepas! Alamak, ke mana kah senyuman manis Anuar Zain?
Memang dah nampak yang aku ni gagal dalam bab2 melukis ni
Waaaa...=.="

Lukisan yang Tak Seberapa

Ada satu subjek elektif ni, aku kena lukis dan mewarnakan lukisan kat kanvas...
Bertemakan Bangunan Pentadbiran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin...
Tapi, aku bukan pandai lukis sangat...Maklumlah, aku bukannya ada bakat seni pun...

Ni hasil sketches aku sebelum di"shading"kan

Selepas shading...Nampak ok la sikit kan??

Tapi, bila nak melukis atas kanvas, aku rasa macam susah pula.
Jadi aku lukis lain kat atas kain kanvas...
Bangunan yang sama, cuma view je lain...

Lukisan kasar...

Selepas diwarnakan sedikit dengan akrilik


Hampir siap!!! Dalam 10% lagi!!!


Taaadaaa!!! Dah siap!!! Cuma tak ada pokok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...