Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Filem : Rurouni Kenshin Live Action~



Rasanya ramai dah tahu, Rurouni Kenshin atau dikenali sebagai Samurai X akan masuk pawagam pada tahun ni. Lagipun Gempak dah review tentang filem ni, tapi tak ingat edisi berapa. Ha! Apa kata kita layan trailer Rurouni Kenshin yang akan ditayangkan pada 25 Ogos 2012 nanti^^


Amacam? Rasa teruja kan? Tambah - tambah lagi hero Kamen Rider Den-o, Satoh Takeru berlakon! Mungkin filem ni tak ditayangkan di Malaysia. Kecewa dan merana. Tapi takpe, jalan yang terbaik adalah dengan memuat turun. Yeah!




Review Movie Anime : Summer Wars


Summer Wars
Genre : aksi, komedi, thriller, romantik
Tarikh Tayangan : 1 Ogos 2009


Sinopsis
Apabila si pemalu juga genius matematik, Kenji Koiso ditanya untuk menerima kerja pada musim panas oleh Natsuki, dia terima tanpa berfikir panjang. Kenji perlu ke Nagano untuk melakukan kerja tersebut. Keluarga Natsuki iaitu suku kaum Jinnouchi akan meraikan hari lahir yang ke-90 Sakae, ketua keluarga Jinnouchi. Dari situlah, Kenji mengetahui apakah pekerjaannya semasa musim panas, iaitu berpura-pura menjadi tunang Natsuki dan menari bersama Natsuki semasa pesta hari lahir itu. Apabila Kenji menyesuaikan diri dengan keluarga Natsuki, dia menerima satu mesej iaitu masalah matematik dari telefon bimbitnya. Selepas menyelesaikan masalah tersebut, dunia OZ (laman web sosial yang paling berpengaruh) telah di"hacked".


Review
Boleh dikatakan ini antara filem anime yang terbaik yang pernah aku tonton. Jalan cerita yang mantap. Sentiasa nak tahu macam mana Kenji akan kalahkan musuh maya dia dalam dunia OZ. Musuh mayanya juga bukan calang-calang, hanyalah Artificial Intelligance (AI), Love Machine yang diaktifkan oleh kenalan Natsuki. Nak tumbangkan Love Machine ini bukannya mudah. Walaupun menggunakan kepakaran matematik Kenji, Love Machine tetap tak dapat ditumpaskan. Nak tahu macam mana Kenji tumpaskan musuh ini, sila tonton anime ni.

Untuk filem ini, aku berikan 5 bintang!


P/S : Aku ingin mencari filem Girl Who Leapt Through Time. Dengar kata filem itu pun best!

Review Filem : Green Lantern

Petang Sabtu sempat terjah ke panggung wayang di Sitiawan bersama kawan-kawan adik dari Pangkalan TLDM. Boringlah sebab hari Sabtu penuh filem Hindustan kat TV. Not my taste ok? Sampai tepat 2.30 petang, terus beli tiket dan masuk panggung wayang.


Sebelum ini, aku tonton X-Men : First Class, adaptasi dari komik. Kali ini, tonton Green Lantern adaptasi dari DC Comic. Suka dengan cerita yang tak logik dek akal ni. Ada hero badan sasa, awek yang cun melecun, efek CGI yang aku sangat kagum dan kuasa supernatural yang pelik-pelik. Haha. 


Bagi aku, filem ini aku bagi 7 bintang.

Kenapa 7 bintang? Kerana bagi aku cerita ini banyak lawak. Aku asyik gelak masa Hal imaginasikan kereta mainan Hot Wheels untuk apungkan helikopter yang jatuh. Orang sebelah pun pelik tengok aku yang asyik gelak je. Memang imaginasi yang teruk dari Hal Jordan. Kurang idea kot dia ni. Apa-apa pun efek CGI ini sangatlah best! Macam main game PC pun ada. Ada juga stail yang agak cliche. Cara berlawan pun lebih kurang dengan filem-filem lain.

P/S : Target mahu tonton Transformer 3. Jom join!

Review Filem : X-Men First Class Memang Gempak!

Terbaca review rakan-rakan blogger yang lain mengatakan filem ini mengecewakan mereka. Jadi, aku buat keputusan untuk menonton sendiri filem ini semalam. Mengecewakan? Sudah tentu tidak! Filem ini perlu diberi pujian. Gempak wooo!


Memandangkan aku lewat seminggu untuk tonton filem ni, jadi taklah berebut nak beli tiket. Dan kurang orang. Maklumlah panggung wayang di Sitiawan ni masa hari pertama dan kedua je panggung penuh, pastu beransur kurang. 

X-Men First Class, filem yang amat berbaloi untuk ditonton. Jalan cerita yang sangat kuat. Tapi, memang jalan ceritanya panjang. 2 jam 10 minit. Tapi bagi aku, mungkin filem ini sebagai pengenalan, jalan ceritanya akan panjang sedikit. 

Banyak scene yang menarik dalam filem ini terutamanya Magneto dan Xavier mencari mutan yang sama seperti mereka. Terjumpa pula Wolverine. Rindu dengan watak dia. Lawak bila mereka baru nak perkenalkan diri kena halau pula. Lagi satu semasa Xavier rekrut budak-budak mutan ni. Menarik! Ada lawaknya. Ada juga scene yang menyentuh perasaan seperti scene Magneto dipaksa menunjukkan kuasanya pada pencipta dia, Shaw. Hampir menitis air mata masa tu.

Alamak, aku bagi spoiler plak. Tapi, apa-apa pun, filem ini takkan mengecewakan. Wajib tonton!

Aku bagi 5 bintang untuk filem ini. ^^

Apa pula pendapat korang?

P/S : Tak sabar nak menonton Green Lantern dan Transformer 3.

Aku Terlambat Nak Review Nur Kasih The Movie


Jumaat lepas, aku tonton filem Nur Kasih The Movie dengan adik-adik dan emak. Tak sangka, ramai yang datang menonton sehingga panggung wayang pada hari tu adalah FULL HOUSE. Tahniah! Kerana filem ini banyak menarik minat peminat drama Nur Kasih ke panggung wayang. Sememangnya, yang ramai menonton adalah pasangan bercinta, mak cik-mak cik dan ada juga yang hadir dengan keluarga.


Rasanya aku ulang tonton drama Nur Kasih dalam lebih 5 kali kot. Antara drama best yang pernah aku tonton. Aku akui aku banyak menangis semasa menonton drama ini. Tapi, bagaimanakah pula dengan filemnya? Dapat memberi impak yang sama seperti dramanya?

Komen Positif :
- Sinematografi yang cantik dan kemas. Pemandangan sangat indah terutamanya di Jordan. Aku kagum!
- Pakaian mereka, menggambarkan mood mereka pada masa itu. Warna juga memainkan peranan. Kalau sedih, gelaplah warnanya.
- Plot yang tak buat aku menguap dan mengantuk. Sentiasa ternanti-nanti babak seterusnya
- Emosi pelakon dapat disampaikan kepada penonton. Sebab penonton pun turut menangis ketika menonton
- Suka melihat watak mereka menjadi tua. Dramatik di situ
- Tarikan Mia Sara dan Ilyas. Mereka berdua pun pandai menjiwai watak masing-masing. Apatah lagi, mereka ini sangat comel!
- Banyak menggunakan teknik imbas kembali dan maksud tersirat. Masih lagi kemas. Aku suka sebab membuatkan penonton terfikir apa yang terjadi.

Komen Negatif : 
- CGI yang tak cantik terutamanya masa babak keretapi meletup. Badan orang yang terbakar pun nampak kelakar
- Ada kalanya jalan ceritanya over. Seperti sengaja nak menambah perencah pada filem itu

Aku ingat, aku tak nak menangis bila nak tonton. Tak sangka, aku rasa aku banyak menangis terutamanya babak Aidil terasa kehilangan Alia, babak emak Adam melihat Adam sakit, babak Nur Amina yang nyanyuk dan tua. Terharu melihat Aidil masih jaga Nur Amina walaupun dia sudah nyanyuk. Waaa, nak tisu, aku dah banyak menangis ni.

P/S : Ingin menjadi watak Nur Amina dalam filem itu. Tapi bukan Nur Amina dalam realiti. Aku masih berusaha menjadi sebaik dia^^

Fast and Furious 5 ~ Memang Terbaik!

Yesssa, lega rasanya Blogspot kembali beroperasi seperti biasa. Sangat-sangat gembira kerana dapat update apa yang berlaku hari. Disebabkan blog tak dapat update petang tadi, aku ambil keputusan untuk menonton Fast and Furious 5 bersama adik lelakiku, Syafiq. Sempat juga kejar masa nak masuk panggung wayang. ^^


This movie just grab my attention. Totally best of the best. Salah satu movie yang memang aku rasa berbaloi untuk tonton. Suka dengan plot cerita ini yang sememangnya tak buat aku mengantuk dan bersengkang mata. Kalau ada sesiapa yang suka cerita yang penuh dengan aksi, aku memang rekemenkan sangat2 cerita ni. Wajib tonton bagi pecinta filem.

Banyak scene yang best dalam filem ni. Dan ada yang membuatkan jantung aku berdegup laju, berdebar dengan semua scene dalam cerita ni. Scene 2 pelakon botak pun membuatkan aku nak jerit "Awesome! WOW! (Alamak, spoiler kat sini). Pastu ada pengumpulan watak-watak dari filem-filem sebelum ni membuatkan aku makin teruja menonton. Lebih-lebih lagi mereka bersatu sebagai 1 kumpulan untuk mencuri duit 100 juta dollar.

Aku bagi 4/5 bintang untuk filem ini. Bagaimana pula dengan korang?


P/S : Aku sedar aku terlambat untuk menonton cerita ni. Semata-mata untuk tonton bersama adik. Tunggu dia habis peperiksaan pertengahan tahun.

P/S/S : Nak tonton filem Priest dan Nur Kasih. Can't wait!

Can't Wait For Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2!


Rasanya ramai dah tahu filem ni akan ditayangkan pada 15 Julai kan?
(Tayangan di Malaysia pun sama jugak ke?)

P/S : Aku akui aku bukan peminat novel Harry Porter. Jadi sekadar menonton pun ok jugak kan?

The Devil Wears Prada : All About Fashion!

Beberapa minggu lepas, aku menonton movie kat TV2. The Devil Wears Prada! Kempunan kot dulu nak tengok cerita ni. Muka teruja bukan main.

Antara sebab-sebab aku nak tengok sangat filem ni :
Pertama, movie ini berkenaan dengan fesyen
Kedua, ada Anne Hathaway. Adore her so much! 


Sangat suka baju ni. Cantik sangat2

Simple is better!

Ayunya! Masa ni lagilah aku puji dia. Cantik sangat!

Nak baju macam ni jugak!

Lihat make up yang sangat plain. Ada sesiapa reti buat make up macam ni?
Ajar kita^^

Pertama kali berubah menjadi lawa! Stailo!

Rambang mata aku bila tengok baju yang cantik-cantik dalam filem ni. Aku pun berangan nak pakai macam tu juga. Tetiba mak tegur, " Baju macam tu orang putih je boleh pakai, kita tak boleh. Seksi! Lagi satu, nak pakai lawa-lawa ke mana? ". Adeh, tak sempat nak berangan kejap dah kena tegur. Betul jugak. Aku ni kalau pakai lawa-lawa pun tetap tak cantik jugak. Lebih baik simple je. 

P/S : Aku seorang yang sangat simple dan dress up macam lelaki. Jaket, T-shirt, Jeans straight cut, Baju yang ada hoodie, Seluar banyak poket dan bertali banyak (macam budak keje bengkel). Tapi, aku mahu juga memakai pakaian yang cantik-cantik. Aku tak pernah memakai dress. Kempunan nak pakai dress cantik. make up pun tak reti lagi. =_="

Paradise Kiss Trailer


Tak sabar sangat2 nak tengok cerita ni. Walaupun takkan ditayangkan di Malaysia, tapi, tengok trailer filem pun jadilah. Rasa kempunan nak tengok cerita ni sangat2! Ha, cerita ni berasal dari manga, lepas tu diadaptasi ke anime dan kemudian ke filem. Filem ni ditayangkan pada 4 Jun 2011.

Kali ni nak letakkan banyak2 video. Bagi korang loading page ni lambat. Hehe, gurau je.

Yang ni first trailer

Ni second trailer. Dah nampak semua pelakon2nya

Inilah pelakon2nya! Kenal tak?

Soundtrack untuk lagu ni dari penyanyi kegemaran aku, YUI. Tahu lagu ni dari trailer je. Dan aku cuba jugak search lagu ni, tak jumpa lagi.
1) YUI - Hello
2) YUI - You

Review peminat anime/manga tentang filem ni lebih banyak kepada negatif. Antaranya :
- Kenapa yang jadi watak George, tak hot macam George (Bagi aku, dia ni smart juga)
- Kenapa rambut George tak warna biru (Rasanya lagi pelik kalau rambutnya berwrna biru ikut watak anime)
- Kenapa watak Arashi tak bertindik di mukanya (Erk, yang ni betul jugak, watak yang sepatutnya macam ganas)
- Kenapa watak Miwako ni tak comel, rambut tak curly, bukan warna pink (Erm, bukan ke sepatutnya dia berbadan kecik macam budak sekolah rendah?)

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Walaupun banyak reaksi negatif, tapi masih ramai yang mahu menonton filem ni.^^

P/S : Keiko Kitagawa memang comel dalam filem ni. Cantik + Gorjes + Cun!

Apakah Maksud Otaku?


Ramai yang blogwalking ke blog aku akan tanya, otaku tu maksudnya apa? Otaku dalam bahasa Jepun bermaksud terlalu obses dengan perkara yang berkaitan anime, manga, game, cosplay, wota (idol), dan figura.

Aku akui aku bukanlah otaku kerana aku hanya minat anime sahaja. Kalau aku betul2 otaku, bilik aku akan jadi macam imej di bawah ni.

Banyak giler figura yang dia kumpul!
Tabik spring!

Wow! Minat hanya pada 1 watak sahaja
Mesti semuanya edisi terhad
Kalau aku, nak penuhkan dengan wajah2 Zero Kiryuu dan Syaoran

Aku nampak figura GUNDAM je ni...

Bilik ni kemas
 Tapi sampai ada 3 bantal peluk watak anime perempuan TUTTT
Melampau tu!

Peningnya dengan bilik macam ni
Manga ada, anime ada, game ada...
Fuhh, betul2 otaku ni... 

Nak tahu tak anime yang berkaitan dengan kehidupan otaku? Ni antara anime yang aku ingat :
1) Genshiken
2) Lucky Star
3) Madarame
4) Otaku no Musume-san
5) Welcome to NHK!

Pernah dengar tentang Densha Otoko? Kisah benar seorang otaku yang mencari cinta dalam kehidupannya. Dia tiada kawan melainkan kawan2 chatting dia. Dia jatuh hati dengan Miss Hermes ni masa dia selamatkan Miss ni dalam keretapi. Dia minta bantuan apa2 pun mesti tanya kat kawan2 chatting dia. Huh, totally memang otaku lah dia ni. Cerita ni memang aku syor sangat2 untuk tengok sebab best. Melalui cerita ni, korang akan faham lebih tentang otaku.

Masa ni dia nak beli figura Gundam

Harap dengan serba sedikit penjelasan di atas ni akan membolehkan korang faham apa itu maksud otaku.^^

Manga Popular, Paradise Kiss Akan Diadaptasi ke Filem!

Pernah baca komik Paradise Kiss??Aku pernah baca dalam Arena Komik dulu.
Memang best! 
Paradise Kiss adalah kisah cinta antara model dan pereka baju, malah komik ni juga menekankan tentang fesyen masa kini. Jadi, bagi perempuan, komik genre romantik ni amat sesuai dengan anda.
Ok, berbalik pada topik tadi, komik ni akan diadaptasikan ke filem!!!
Berita gembira buat peminat komik!!! Live-Action Movie^^

Dari Kiri : Keiko Kitagawa dan Osamu Mukai

Pelakon untuk filem ni pun dah diumumkan. Cuma tunggu filem ditayangkan je
Watak utama, Keiko Kitagawa sebagai Yukari Hayasaka, pelajar sekolah yang tidak tahu arah tuju dan kerana ketinggiannya, dia menjadi model (model secara paksa!). 
Osamu Mukai pula memegang watak sebagai George, pelajar fesyen yang sangat kreatif. Tertarik pada Yukari dan jatuh cinta. Tapi sangat ego! (Benci lelaki macam ni)
Selain tu, diumumkan juga pelakon lain untuk filem ni seperti Yusuke Yamamoto, Shunji Igarashi, Kento Kaku, Aya Ohsama dan Natsuki Kato.

P/S : Tak sabar menunggu hasilnya!!! Suka Keiko Kitagawa yang sangat comey ni


Harry Potter and the Deathly Hallows








P/S : Really cant wait!!! Tayangan November nanti
Rambut Danial pun masih lagi pendek...Yeah^^

Kimi ni Todoke (Live Action)


Tak sabar rasanya nak lihat Shota Kazehaya dan Sawako Kuronuma dalam versi LIVE ACTION!!!
Dari manga ke anime. Dari anime ke filem pula!!! 
Setelah aku review, bulan September filem ni akan ditayangkan di Jepun...
Barisan pelakon pun antara yang aku minat gak! Haruma Miura!!!

Klik sini untuk teasernya...

ni translation dari teaser filem ni:

Sawako: it's the first time i'm feeling this way
Kazehaya: this feeling, is it reaching you?
Kazehaya: good morning, kuronuma!
Kazehaya: sawa as in lively, sawako(lively child) right?
Sawako: the first time, the feeling when someone called me by my name
Kazehaya: this memory, one day
Both: will reach out to you


Klik sini untuk trailernya...

The Clash Of The Titans

Assalamualaikum...

Hari ini aku dapat tengok wayang...akhirnya!! 
Seingat aku, kali terakhir aku tgk wayang masa aku semester 3..(Gler lama!!!)
Dah setahun la kiranya gak... Kali terakhir aku tgk wayang pun tgk cte Wall E...
Tertunai gak hajatku ini...

Perjalanan bermula dgn menaiki bas ke Kangar dan kemudian menaiki bas ke Jitra plak..
Bersama dgn 2 rakan sekelasku, Muhammad dan Afnan
Thanks a lot sbb ajak aku tgk wayang hari ni!^^

Aku tgk cte The Clash Of The Titans...remake dr filem lama tahun 1981 dgn tajuk yg sama gak
Bagi aku cte ni best la gak tapi efek 3D dan CGI (Computer Generated Image) agak kureng je...
Ctenya menarik sbb penuh dgn mitos2 Greek...penuh dgn dewa2 dan kepercyaan org zaman dahulu kala..
Bl aku review cte ni kat internet...baru aku perasan heronya pelakon utama cte Avatar...>_<


Nilah posternya!


Cte ni mcm tak ikut mitosnya sangat...
kalau kat negara kita ni, mcm kes filem Puteri Gunung Ledang...

Ni yang aku seach kat Wikipedia jelah...aku translate sendiri je 

Perbandingan Filem dengan Mitos Greek

1) Perseus adalah anak kpd Zeus dan Puteri Danaë, tp puteri itu mengandung  apabila dia melawat Danaë dan menyamar sebagai hujan emas, bukan sbg suaminya.
  Selain tu, Danaë tidak pernah berkahwin dan King Acrisius adalah ayahnya. 
  (Dalam filem,King Acrisius adalah suami kpd Danae)

2) Io tidak ada kaitan langsung dgn Perseus 
  (Dlm filem plak, diorg bercinta)

3) Acrisius membunuh Danaë dan Perseus krn nk tolak tilikan yang mengatakan bhw Perseus akn membunuhnya suatu hari nnti. 
  (Dlm filem, dia membunuh krn rasa malu ats apa yg terjadi pd isterinya)

4) Andromeda dihantar untuk dikorbankan atas arahan Poseidon
  (Dalam filem, dia perlu dikorbankan atas arahan Hades)

dan byk lg perbezaan antara filem ni dgn mitos Greek ni...Search je kat Wikipedia...

Lepas tgk wayang, jalan2 dlm Jitra Mall...byk plak selendang2 cantik...
tak boleh nk beli sbb bajet xada...hahaha

Kemudian, kami makan kat kedai makan berhampiran...
Makan Nasi Goreng Ikan Masin dan Teh O Ais Limau...Kombinasi yg baik! Sedap!!! Thumbs Up!

Dah kenyang, kami pun balik semula ke Kangar...Naik bas je (Jimat duit lorh!)
Dr Kangar, kami naik bas lg untuk balik ke Poli tercinta, PTSS...

Tamat^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...