Kenapa Aku Tak Suka Menonton Sinetron Indonesia?
Pelik tak kalau aku cakap yang aku tak pernah nak tonton sinetron yang ditayangkan di tv? Ok, maksud aku adalah, aku tak pernah nak mengikuti mana2 sinetron walaupun telah dipropaganda oleh kawan2 yang sinetron itu ini best. Bohonglah aku tak pernah tonton 1, 2 episod. Aku pernah, tapi pada pandangan aku, sinetron ini serupa walaupun jalan ceritanya berbeza. Aku lebih sanggup menonton drama Melayu.
Kenapa aku tak suka yek? Ini antara sebab musababnya :
Suka ZOOM Muka Pelakon Dekat2
It's really annoying + menyampah bila menonton. Bukan kejap, lama plak tu. Weh, aku bosan setiap drama macam ni. Nampak tak aku sengaja Caps Lock perkataan ZOOM. Geram giler! Weh, aku tahu sangat2 pelakon tu menunjukkan muka jahat atau baik sangat2. Tak perlulah sampai zoom muka tu dekat2. Macamlah aku tak nampak reaksi muka mereka tu. Kalau yang jahat tu, berkerut-kerut dahi, hidung nak tunjukkan dia puas hati nak kenakan si baik. Dan sangat2 tahu, muka pelakon dari seberang ni cun + gorjes + muka licin. Tak payahlah nak cemburukan aku.
Cerita yang Tidak Berkesudahan
Kalau boleh, nak buat cerita sampai pelakon2 tu mati. Fuh, 400 episod tu sememangnya buat aku termuntah. Kenapalah tak habis2 lagi ceritanya? OK, aku faham, sebab nak ceritakan hidup mereka ni penuh dengan cabaran, berliku, dugaan yang bagai nak rak. Eh, come on lah! Aku hairan sungguh cerita yang panjang macam ni boleh laku tahap gaban di Indonesia. Lain kali buatlah sampai 1000 episod, mampu tak? (Aku lebih rela tengok anime yang beratus-ratus episod macam Bleach, One Piece)
Jalan Cerita Yang Sangat2 Cliche
Mak hero tak suka kat heroin walaupun heroin ni lawa + cun + baik giler. Keluarga heroin yang serba daif, kemiskinan. Menunjukkan kehidupan yang serba mencabar, banyak rintangan. Rupa2nya heroin ni anak kepada orang kaya. Jejak kasih ayah dan ibu kandung. Alamak, ada pula kisah silam kenapa anak ni dibuang jauh2. Ada pula hero jahat, heroin jahat menganggu hubungan cinta hero dan heroin tadi. Cuba pisahkan mereka berdua. Weh, sangat cliche ok!
Darah Yang Macam Cili Sos Tak Masak
Mesti ada scene kemalangan atau tumbuk-menumbuk dalam mana2 sinetron kan? Kalau berdarah tu, aku tengok macam bukan darah betul. Aku yakin penonton pun mahukan nampak sesuatu yang lebih real kan? Aku nampak macam pepejal sirap jagung berwarna merah, itu yang dikatakan darah? Warna pun warna merah darah, ala2 pink sikit gitu. #erkkk
Hero Yang Hensem dan Heroin Yang Cantik Giler
Kalau boleh nak tayang, yang rakyat Indonesia ni semuanya cantik2, putih2, ala2 Mat Saleh gitu. Well, korang perlu tahu, yang mereka ni sebetulnya banyak mix dengan Belanda, sebab tu putih2, cun2 belaka. Padahal aku rasa, rakyat Malaysia lagi cun dan hensem berbanding mereka. Kalau yang berlakon sebagai hero, heroin memang ditempek bedak bagi nampak cerah giler2. (Seyes, lelaki yang terlalu putih macam jambu plak rasanya. Tambah lighting nak bagai nak rak, sengaja menampakkan keputihan kulit mereka) Kalau berlakon sebagai orang jahat, mesti muka hodoh giler2, dengan kulit yang sawo matang atau gelap. Ini dah dismikrasi (betul ke entah aku eja) warna kulit. Rasanya, pelakon Malaysia yang tak cantik atau tak hensem pun boleh jadi watak utama, betul tak?
Tak Reti Berlakonlah Mereka Ni
Kalau tengok mereka ni menangis, jangan mudah tersentuhlah. Menangis tak keluar air mata. Itu dikatakan hebat? Tengok heroin yang asyik menangis sampai tak ada keluar air mata dah. Nampak sangat tipu! Meraung je lebih. Menjiwai watak? Oh tidak mungkin, tak nampak pun. Makin aku gelak lagi adalah tengok mereka ni.
Jalan Cerita yang Sungguh Tidak Logik
Bayangkan, selepas hero mati, timbul hero baru muka sama dengan hero yang mati. Perangai sama. Nama je lain. Sungguh tak logik. Ha! Lagi satu, kalau lepas kena culik, masa nak lepaskan diri tu, kalau boleh ditimpa kemalangan lagi. Contohnya, jatuh sampai kaki bengkak berdarah, tak boleh bangun, lepas tu ditangkap penculik balik. Penculik pun bodoh, tak reti nak jaga tahanan tu betul2. Tali diikat longgar je. Kalau cerita yang berunsurkan keagamaan pun sama. Kadang kala boleh jadi tahyul plak. Penuh kekarutan.
Alamak, aku dah ter"over" plak kan. Minta maaf la wahai peminat sinetron Indonesia. Ini memang sekadar luahan hati aku. Aku lebih prefer drama Melayu, Anime, Omputih, Hong Kong, Jepun atau Korea. Jalan cerita lebih simple, tak berat, mudah difahami.
P/S : Banyak lagi kot aku nak taip. Tapi makin panjang pula entri ni, makin malas plak orang nak baca kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 doa buatku makin comel:
setuju tuuu....
hehe...^^
yg zoom2 tu dorg tirudr drgon ball..hehe
tau xpe~!
sakit ati den. dah 3 tahun mcni. sinetron banyak gila kat sini. citer kita kat sana ade?
buang masa nak tunggu citer abis.
HAHA. anti-sinetron ni patut di buat contest.
Yana, sila buat contest, post kat gengblogger dan Sahaabat Blogger, dan Geng Blogger Bersatu, dan blogger Perak, apa kata?
pastu kita minta media review.Kosmo ke, Sinar ke, inTrend ke(inTrend kan support mende2 blogger ni kan)
Sinetron ni dah melampau2.
Regards,
Fahmimahat
mr delirium : haha, btol jugak kan? tapi tak rasa annoying pun dgn dragon ball ni..
Fahmi : hua hua hua... Nanti ada masa, Yana akan buat k? Memang melampau media Malaysia ni, mcm tak ada cerita lain nk tayang. Kalau nak tayang CSI ke, Vampire Diaries ke? Cerita Hongkong ke, barulah best!
yang zoom muka tu memang tak dinafikan..yang paling best dia guna pelakon kacak & cantik..itu yang laku sinetron tu..
akhir kata, tak minat jugak ^^,
siyesly sokong....
Yang part darah tu, sebenarnya saje je, nak jimat kos lah katakan. xD
zack : haha, tahu takpe...mnyampahlah..
kaizen : hoho, terima kasih awk^^
pisyek : sungguh tak logik darah warna pink. irritating...jimat kjos, mgkin...
1000000000000000% sokong ! tmbh2 yg bab zoom tu, mcm nak suruh kita kira bape jerawat ade kt muka pelakon lak kan? hihi~
hehe...tahu takpe...mnyampah sgt2 kalau zoom dkt2 ni...
Tgk GERAK KHAS lagi best daripada tgk sinetron Indo yang berjela-jela dan ada unsur ganas/suspen itu..
Post a Comment