Macam Mana Nak Tundukkan Ego Lelaki?


Cik Halusinasi, saya tak dapat tahan dengan sifat ego teman lelaki saya. Sakit hati dibuatnya. Tidak mahu mengaku salah bila buat kesalahan. Kadang kala saya menangis mengenangkan nasib percintaan saya yang tidak seindah kawan2 saya. Teman lelaki mereka memahami, jujur, tidak keras kepala seperti teman lelaki saya. Saya bingung memikirkannya. Macam mana caranya untuk kurangkan sifat ego lelaki ni?

Hati yang disakiti



Hati Yang Disakiti, 

Terima kasih kerana sudi bertanya. Sudah lumrah, sifat ego semestinya tak dapat dipisahkan dengan lelaki. Bagi lelaki, ego merupakan aset pelengkap diri mereka. Konsep ego sebenarnya melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Akan tetapi, ego adalah antara sifat yang paling dibenci dalam sesuatu hubungan cinta. Ego ni diibaratkan sebagai sifat yang ingin selalu menang, tidak mahu meminta maaf, berlagak, bongkak dan sombong

Persoalannya sekarang, macam mana nak tundukkan ego lelaki? 

Senang je. Saudari jangan pedulikan mereka buat seketika. Senang cerita, merajuk dengan mereka buat seketika. Jangan angkat panggilan telefon, jangan balas SMS dari si dia. Kalau dia rindu, mesti dia hubungi saudari semula. Kalau dia sayang, mesti dia ucapkan maaf atas segala kesilapannya. Kalau dia cinta, mesti dia akan mengaku kalah. Lelaki juga insan yang kompleks, susah untuk memahami isi hatinya. 

Jika mereka menunjukkan sifat ego mereka, saudari jangan pula menunduk kalah. Jangan menurut cakap mereka. Sebaliknya, melawan dengan cara lembut tapi penuh dengan ketegasan. Contohnya, jika si dia memerli kita yang tidak tahu mengenai fesyen lelaki, cuba patahkan balik soalan tersebut kepada si dia. Kemudian senyum. Mesti si dia boleh terima dengan baik. Jangan pula berbalah atau bergaduh. No no no, itu bukan caranya.

Diharapkan tips di atas dapat membantu saudari. Terima kasih^^

8 doa buatku makin comel:

kaizen said...

nak amek isi entry ni tok wat post balas balik boleh??

Halusinasi said...

boleh je^^...tak ada masalah^^

mr delirium said...

wahh..dah mcm pakar motivasi gituh..^^,

Halusinasi said...

hehe...terima kasih...masih cuba untuk memotivasikan diri dan orang lain^^

MagikaKotak said...

xsuma lelaki egois.. :)

Halusinasi said...

setuju bukan semua lelaki egois...tapi, semua orang ada ego yang tersendiri. cuma sikit dn banyak je...

Anonymous said...

cmne eh...cam dua tiga je nk try yg xyah jwb call or bls sms tu...kang bf panas pulak...lari...melopong kite huhu...

jieya othman said...

saya nk tnye .. mcm mnew nk hndle laki yg ego eak .. mcm dy mrh kt owg len tpy dy lpaskn kt kta ?? kdg2 uh tba2 je dy mrh kt kta tnpa sbb .. n dy da brulg kli skidkn ati sya .. saya trllu sygkn dy n tk sngop tglkn dy .. da bnyk kli dy lfzkn kta ptus tpy sya tk tma .. saya nk twu , adkh mslh sye nie bley dselesaikn ????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...